Utama Kenderaan Senarai Harga Basikal Yang Termahal Di Dunia

Senarai Harga Basikal Yang Termahal Di Dunia

142
Senarai Harga Basikal Yang Termahal Di Dunia

Senarai Harga Basikal Yang Termahal Di Dunia

 

Berbasikal merupakan suatu riadah atau sukan yang dapat menyihatkan tubuh badan kita. Kalau berbasikal selalu, berat badan pun boleh turun dan kurus. Tapi kalau dengan harga basikal yang mahal macam dalam artikel ni, tak dan kayuh basikal pun dah kurus. Jom kita tengok Senarai Harga Basikal Yang Termahal Di Dunia.

  1. The Cervelo P5X Lamborghini

Edisi terhad. Hanya 25 buah unit sahaja dikeluarkan.

Pembuat: Cervelo, Lamborghini

Harga: 20 Ribu USD

 

  1. Beru Factor 001

Pembuat: bf1 Systems

Harga: 30 Ribu USD

 

  1. Phanuel Krencker Bicyclettes de Luxe

Phanuel Krencker Bicyclettes de Luxe

Pereka Bentuk: Phanuel Krencker

Pembuat: Cyfac

Harga: 34,425 USD

 

  1. Aston Martin One-77 Factor

Aston Martin One-77 Factor

Pembuat: Factor Bikes, Aston Martin

Harga: 39 Ribu USD

 

  1. Litespeed Blade

Litespeed Blade

Pembuat: Litespeed

Harga: 40,788 USD

 

  1. eRockit Electric Assist Bicycle

eRockit Electric Assist Bicycle

Sejenis basikal hibrid.

Pembuat: Stefan Gulas

Harga: 44 Ribu USD

 

  1. Montante Luxury Gold Collection

Montante Luxury Gold Collection

Bingkai yang disadur dengan emas 24 Karat dan disertakan dengan 11 ribu butiran batu kristal Swarovski.

Pembuat: Montante Cicli

Harga: 46 Ribu USD

 

  1. Chrome Hearts X Cervelo Mountain Bike

Chrome Hearts X Cervelo Mountain Bike

Pembuat: Cervelo, Chrome Hearts

Harga: 60 Ribu USD

 

  1. Trek Madone 7 – Diamond

Trek Madone 7 – Diamond

Kerangkanya diperbuat daripada gentian karbon. Jejari pada rim pula disemat dengan berlian dan pada bahagian depan kerangka basikal ini pula ditempatkan plat emas kuning dan putih.

Pembuat: Trek

Harga: 75 Ribu USD

 

  1. Aurumania Gold Bike Crystal Edition

Kerangka basikal ini disadur dengan emas 24 Karat dan dihiasi dengan 600 butiran kristal Swarovski. Pelana dan pemegangnya pula dibalut dengan sarung kulit. Bahagian hadapan basikal ini juga ditampal dengan lencana kulit yang mempamerkan angka khas bagi edisi terhad model basikal ini.

Pembuat: Aurumania

Harga: 114 Ribu USD

 

  1. Kaws-Trek Madone

Kaws-Trek Madone

Basikal ini merupakan basikal istimewa Lance Armstrong, bekas pelumba basikal Amerika yang terkenal, yang pernah memenangi beberapa kali kejuaraan perlumbaan Tour de France. Reka bentuk basikal ini mendapat sentuhan dari seorang pereka yang bernama Brian Donnelly, ataupun lebih dikenali sebagai Kaws.

Pereka bentuk: Kaws

Pembuat: Trek

Harga: 160 Ribu USD

 

  1. Trek Yoshimoto Nara

Trek Yoshimoto Nara

Satu lagi basikal yang dibuat khas untuk Lance Armstrong pada acara Tour de France  tahun 2009. Ia mendapat sentuhan hasil seni lukisan tangan dari seorang artis Jepun bernama Yoshitomo Nara. Basikal ini dijual pada harga 200 ribu USD, di pusat lelongan terkemuka Sotheby’s.

Pereka Bentuk: Yoshimoto Nara

Pembuat: Trek

Harga: 200 Ribu USD

 

  1. 24K Gold Men’s Racing Bike

Hampir keseluruhan bahagian basikal ini disadur dengan emas 24 Karat seperti kerangka, rantai, gegancu, jejari, rim, engkol.

Pembuat: Goldgenie

Harga: 393 Ribu USD

 

  1. Trek Butterfly Madone

Basikal yang diberi nama Trek Butterfly Madone ini mendapat sentuhan tangan seorang pereka bernama Damien Hirst. Beliau menggunakan sayap rama-rama yang asli bagi menghiasi kawasan kerangka dan juga rim basikal ini. Penggunaan sayap rama-rama yang asli ini pernah mendapat kecaman daripada Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA). Seperti basikal yang berada di tempat ke 4 dan ke 5 dalam artikel ini, basikal ini direka khusus untuk pelumba bernama Lance Armstrong pada acara Tour de France  tahun 2009. Penciptaan basikal yang mahal ini juga bagi meraikan Lance Armstrong yang terselamat daripada penyakit kanser yang dihidapinya. Ia berjaya dijual di pusat lelongan barang terkenal Sotheby’s, dengan harga 500 ribu USD.

Pereka Bentuk: Damien Hirst

Pembuat: Trek

Harga: 500 Ribu USD

 

  1. 24k Gold Extreme Mountain Bike

Basikal yang juga dikenali sebagai Beverly Hills Edition ini dibuat oleh syarikat The House of Solid Gold. Mereka bekerjasama dengan seorang pelumba basikal jenis Mountain Bike dan sukan lasak yang bernama Dan Bull bagi menghasilkan basikal ini. Keseluruhan kerangka basikal ini termasuklah botol minumannya disadur dengan emas 24 Karat. Bahagian depan basikal ini dilekatkan dengan lambang THSG (The House of Solid Gold), yang dihiasi dengan 600 butiran berlian hitam(jumlah keseluruhan 6.0 Karat), dan 500 butiran nilam keemasan (jumlah keseluruhan 4.5 Karat).

Pembuat: The House of Solid Gold

Harga: 1 Juta USD

Apa Komen Anda?