Utama Kenderaan Bugatti La Voiture Noire, Kereta Termahal Di Dunia (Setakat Ini)

Bugatti La Voiture Noire, Kereta Termahal Di Dunia (Setakat Ini)

74
Bugatti La Voiture Noire, Kereta Termahal Di Dunia (Setakat Ini)

Bugatti La Voiture Noire, Kereta Termahal Di Dunia (Setakat Ini)

Setelah berlalu masa setahun lebih, kereta mewah keluaran Bugatti yang bernama La Voiture Noire ini masih mengungguli tempat pertama kereta termahal di dunia. Ia telah merampas kedudukan kereta Rolls Royce Sweptail selaku penyandang terdahulu yang berharga sekitar 13 Juta USD.

Bugatti La Voiture Noire, Kereta Termahal Di Dunia (Setakat Ini)

 

Kereta Bugatti La Voiture Noire ini pertama kalinya dipamerkan di pusat pameran kereta Geneva Motor Show, pada 5 Mac 2019. Kereta ini telah dijualkan kepada seorang individu yang dirahsiakan namanya, dengan harga sekitar 19 juta USD, menjadikan ia kereta termahal di dunia pada masa ini.

Bugatti La Voiture Noire, Kereta Termahal Di Dunia (Setakat Ini)Bugatti La Voiture Noire, Kereta Termahal Di Dunia (Setakat Ini)

 

Model La Voiture Noire ini ialah inspirasi dari kereta Bugatti Type 57 SC Atlantic. Terdapat hanya 4 buah unit sahaja dari model Type 57 SC Atlantic yang pernah dikeluarkan. Anak pengasas Bugatti iaitu Ettore Bugatti, yang bernama Jean merupakan pencipta kereta Type 57 SC Atlantic ini. Beliau memiliki salah sebuah kereta dari model ini dan memanggilnya “La Voiture Noire“, yang bermaksud kereta berwarna hitam dalam bahasa Perancis. Kereta yang dimilikinya ini hilang menjelang perang dunia ke-2 dan menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Bugatti La Voiture Noire ini menggunakan enjin yang sama dengan model Bugatti Chiron dan Divo, iaitu enjin W16 8.0-liter Quad-Turbo. Ia mampu menjana 1500 kuasa kuda (HP).

Apa Komen Anda?