Utama Kenderaan Kereta Hyper Sport Bugatti Divo – Fasa Terakhir Untuk Pelancaran

Kereta Hyper Sport Bugatti Divo – Fasa Terakhir Untuk Pelancaran

72
Kereta Hyper Sport Bugatti Divo - Fasa Terakhir Untuk Pelancaran

Bugatti Divo – Fasa Terakhir Untuk Pelancaran

‘Selepas dua tahun tempoh pembinaannya, kereta hyper sport Bugatti Divo akan dijual kepada pelanggan mulai tahun ini’.

Projek kereta hyper sport dari syarikat Bugatti ini bermula pada tahun 2018. Ia mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Matlamat yang mereka tetapkan pada ketika itu: Divo mestilah berbeza dari Chiron. Ia perlu lebih eksklusif, lebih sporty dan tangkas di selekoh, tanpa mengorbankan keselesaan dan keagungannya. Ia merupakan satu cabaran yang besar bagi mereka.

Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann berkata: “Dengan Divo, Bugatti menghidupkan kembali tradisi pembinaan yang sudah lama dilupakan. Kereta hyper sport yang terhad dan berprestasi tinggi ini mempunyai watak eksklusif tersendiri, mempunyai kuasa pecutan yang dipertingkatkan, kelincahan dan ketangkasan di selekoh yang mesti dimiliki oleh mana-mana  peminat dan pemgumpul koleksi kereta sport Bugatti. Dengan reka bentuk baru Divo dan prestasi pengendaliannya yang sama sekali berbeza, kami telah berjaya mencipta karya seni pertukangan automotif yang benar-benar menghidupkan kembali tradisi seni pembinaan lama kami.” Bugatti hanya akan mengeluarkan 40 buah unit dari model ini. Harga bersih sebuah unit ialah sekitar 5 juta Euro.

Kereta Hyper Sport Bugatti Divo - Fasa Terakhir Untuk PelancaranKereta Hyper Sport Bugatti Divo - Fasa Terakhir Untuk Pelancaran

 

Enjin, Berat Dan Kelajuan

Model Bugatti Divo ini dikuasakan dengan enjin W16 1.500 PS 8.0 liter dengan 1.600 meter Newton, yang mana ia mampu membuat pecutan dari 0 hingga 100 km / jam dalam masa 2.4 saat. Berat model Divo ini dikatakan 35 kilogram lebih ringan dari model Chiron. Hasil dari pembinaan kerangka ringan yang sistematik ini, Bugatti Divo dapat menjana kelajuan maksimum 380 km/sejam.

Reka Bentuk

Divo menempuh satu jalan yang baru dari segi reka bentuknya. Ia jelas berbeza dari Chiron namun tetap dikenali sebagai Bugatti. Pasukan pereka di bawah Achim Anscheidt tanpa kompromi mengatur reka bentuk badan Divo untuk pecutan lateral, dengan fokus pada kecekapan aerodinamik dan termodinamik yang optimum. Ini termasuk bahagian sisi yang lebih langsing dan pengambilan udara tambahan untuk penyejukan brek. Ia juga dipasang dengan lampu depan LED yang sangat padat dan ringan dengan bukaan cahaya rata hanya 35 milimeter (1 3/8 “), begitu juga dengan modul lampu belakang 3D yang sangat kompleks.

Nama

Model hyper sport terbaru dari Bugatti ini mengambil nama seorang pilot dan pelumba kereta bernama Albert Divo dari Perancis. Beliau juga kadang kala bekerja sebagai pemandu untuk Bugatti. Antara lain, beliau pernah memenangi kejuaraan di litar terbuka Targa Florio di Sicily, Itali pada tahun 1928 dan 1929, iaitu trek yang banyak dengan selekoh.

 

 

Apa Komen Anda?