Utama Kenderaan Generasi Terbaru 911 Turbo S Dari Porsche

Generasi Terbaru 911 Turbo S Dari Porsche

109
911 Turbo S

Porsche, sebuah syarikat kereta mewah dan sport telah mengeluarkan generasi terbaru 911 Turbo S. Generasi baru ini dijana oleh enjin baru 3.8 liter dengan dwi pengecas turbo VTG (VTG turbochargers). Penggunaan enjin terkini bagi generasi terbaru 911. Turbo S Coupe, dan 911 Turbo S Cabriolet, secara tidak langsung telah meningkatkan kuasa berbanding generasi sebelumnya. Penggunaan bahan api juga telah meningkat sedikit berbanding model generasi terdahulu. Secara logiknya, untuk menjana kuasa yang lebih, sudah tentu lebih banyak bahan api diperlukan untuk proses itu.

911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S911 Turbo S

Kelajuan

Pecutan model generasi terbaru 911 Turbo S ini dikatakan lebih pantas sedikit berbanding generasi sebelumnya. Masa pecutan dari 0 ke 100 km/sejam direkod dengan catatan 2.7 saat, iaitu 0.2 saat lebih pantas dari generasi lama. Pecutan dari 0 ke 200 km/sejam juga dicatat pada masa 8.9 saat, dan telah mengatasi rekod pecutan generasi terdahulu. Kelajuan maksimanya bagaimanapun masih sama dengan model generasi lama, iaitu pada kelajuan 330 km/sejam.

Saiz badan dan tayar

Lebar hadapan kereta ini dianggarkan sekitar 1840mm, 45 milimeter lebih lebar dari generasi terdahulu. Manakala lebar bahagian belakangnya pula sekitar 1900 mm, 20 milimeter lebih lebar dari generasi lama. Jarak di antara tayar hadapan turur dilebarkan sebanyak 42mm, dan 10mm bagi jarak di antara tayar belakangnya. Buat pertama kalinya juga, Porsche menggunakan saiz tayar berlainan untuk model generasi terbaru ini. Tayar bersaiz 20 inci dengan dimensi 255/35 telah dipasang pada bahagian depan. Untuk bahagian belakang pula, mereka menggunakan tayar bersaiz 21 inci dengan dimensi 315/30.

Bahagian Dalaman

Ruang bahagian dalam kereta ini diperkemaskan dengan balutan kulit yang berkualiti tinggi. Warna dwi tona dalaman juga tersedia oleh pihak pengeluar, mengikut permintaan pelanggan. Skrin PCM dari Porsche juga telah dibesarkan skrinnya pada saiz 10.9 inci, bagi memudahkan penggunanya. Stering GT Sport nya pula dilengkapi dengan pakej Sport Chrono, yang berfungsi untuk kawalan enjin, transmisi, dan lain-lain. Pakej Sport Chrono bagi model kereta ini juga dilengkapi dengan aplikasi baru iaitu Porsche Track Precision, dan juga sistem kawalan audio BOSE Surround Sound.

Apa Komen Anda?