Utama Kenderaan Edisi Terhad Aston Martin V12 Speedster

Edisi Terhad Aston Martin V12 Speedster

113
Edisi Terhad Aston Martin V12 Speedster

Syarikat pengeluar kereta Aston Martin, telah membuat  kemunculan model terbaru mereka, V12 Speedster di peringkat global. Ia pertama kali dipertontonkan di Gaydon, England pada Rabu 4 Mac 2020 yang lalu. Sebanyak 88 buah unit sahaja dari model ini akan dikeluarkan di pasaran.

Model  Aston Martin V12 Speedster ini mendapat sentuhan dari pasukan Q by Aston Martin. Pasukan ini bertindak sebagai pereka bentuk kereta Aston Martin. Reka bentuk model ini adalah inspirasi dari sejarah Aston Martin yang berpengalaman dalam bidang perlumbaan dan juga reka bentuk aeronautik.

Presiden Aston Martin Lagonda dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dr Andy Palmer berkata bahawa beliau  berasa sungguh bangga mendedahkan perihal model khas Aston Martin yang menarik ini. Belia berkata lagi bahawa model V12 Speedster adalah demonstrasi luar biasa keupayaan dan keazaman dari pasukan Q by Aston Martin, yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mencipta kereta sukan dua tempat duduk ini.

Dengan permulaan pembinaannya lebih kurang 12 bulan yang lalu, model V12 Speedster telah menjalani program pembangunan yang intensif. Bermula dari lakaran ke realiti, pengeluarannya siap dalam tempoh masa yang singkat.

Casis

Hampir keseluruhan casis unik V12 Speedster ini dibina sepenuhnya dari serat karbon. Model ini juga tiada bumbung dan juga cermin hadapan. Memang nampak macam pelik sikit, tapi ianya adalah legasi kepada model DBR1 yang memenangi perlumbaan kereta Le Mans pada tahun 1959. Terdapat juga tulang pemisah, yang mengasingkan bahagian pemandu dan penumpang.

Ruang Dalam

Bahagian dalaman model kereta ini mendapat sentuhan terkini dengan menggunakan campuran bahan-bahan tradisional dan moden, iaitu serat karbon berstruktur.Di bahagian hadapan penumpang pula terdapat satu beg kulit yang boleh ditanggalkan, sebagai ganti kepada kotak sarung tangan tradisional. Selain itu, terdapat juga ruang penyimpanan tambahan di bawah bonggol belakang untuk bagasi.

Enjin Dan Kelajuan

Model V12 Speedster ini didatangkan dengan enjin 5.2 liter Twin-Turbo V12 dari Aston Martin. Ia mampu menjana 700hp(kuasa kuda) dan 753Nm tork. Enjin ini dikendalikan dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan. V12 Speedster dapat memecut dari kelajuan 0- 100 km/jam dalam masa 3.5 saat. Kelajuan maksimumnya pula boleh mencapai tahap 300 km/jam.

Edisi Terhad Aston Martin V12 SpeedsterAston Martin V12 Speedster

 

Presiden Aston Martin Lagonda dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dr Andy Palmer berkata: “Tiada apa yang menunjukkan komitmen Aston Martin untuk menyediakan model khas yang unik kepada pelanggannya berbanding dengan V12 Speedster. Hanya 88 buah kereta dari model ini dibina dan ianya akan dicari oleh peminat dan pengumpul kereta di seluruh dunia. Saya teruja bukan hanya tentang apa yang ditawarkan kepada pemandu, tetapi dari apa yang diwakilinya (Aston Martin). V12 Speedster tidak hanya mempamerkan keupayaan kejuruteraan dan cita-cita kami yang luar biasa, tetapi juga meraikan Aston Martin yang kaya dengan warisan. ”

Pesanan atau tempahan untuk V12 Speedster telah dibuka, dengan harga bermula pada 765,000 Pound Sterling termasuk cukai. Penghantaran dijangka bermula pada suku pertama tahun 2021.

Apa Komen Anda?