Utama Fesyen Kasut Tumit Tinggi Bernilai RM7O Juta Untuk Dijual

Kasut Tumit Tinggi Bernilai RM7O Juta Untuk Dijual

131
The Passion Diamond Shoes
 

Kasut Tumit Tinggi Bernilai RM7O Juta Untuk Dijual

 

Kasut tumit tinggi yang dinamakan The Passion Diamond Shoes ini dikhabarkan sebagai kasut tumit tinggi yang termahal di dunia buat masa ini. Harganya dianggarkan bernilai 62.4 Juta Dirham (17 Juta USD -RM 70 Juta).

Kasut ini dibuat di negara UAE oleh syarikat pereka kasut Jada Dubai, dengan kerjasama pereka barangan kemas Passion Jewellers. Bahan ciptaan yang digunakan bagi pembuatan kasut ini ialah emas tulen dan juga ratusan butiran berlian 15 Karat.

Majlis pelancaran dan pameran kasut tumit tinggi ini akan diadakan di satu-satunya hotel bertaraf 7 bintang di dunia, iaitu hotel Burj Al Arab. Majlis ini dikhabarkan akan berlangsung pada hari Rabu 3 Oktober 2018. Majlis ini juga dikhabarkan akan dihadiri oleh 50 orang tetamu VIP termasuk orang-orang kaya ternama dan juga pihak media.

Pada hari pameran tersebut, kasut tumit tinggi ini akan dipamerkan dalam saiz 36 EU. Ia akan diubah suai mengikut saiz kaki pemilik bertuahnya. Harga 17 Juta USD adalah tetap dan tiada jualan pada hari pameran itu.

“ Jada Dubai hanya mereka cipta kasut dihiasi berlian. Untuk pelancaran kedua koleksi kami, kami mahu mencipta kasut yang betul-betul unik dan dihiasi oleh berlian yang jarang-jarang didapati,” kata Maria Majari, pengasas bersama dan juga pengarah kreatif syarikat Jada Dubai.

Apa Komen Anda?