Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

 

Tetikus komputer memainkan peranan penting dalam mengendalikan pergerakan penunjuk/anak panah atau Cursor(dalam bahasa Inggeris) pada bahagian skrin komputer. Tetikus boleh didapati dalam dua jenis, iaitu berwayar atau tanpa wayar (wireless). Harga tetikus bergantung kepada jenis, kualiti, dan spesifikasinya. Rata-rata harga tetikus di pasaran ialah dari puluhan ke ratusan ringgit.

Untuk yang gemar atau gila bermain permainan komputer, selalunya mereka akan memilih tetikus khas untuk permainan komputer yang sedikit lasak berbanding dengan tetikus biasa dan harganya juga sedikit mahal. Bagi orang yang kaya dan berada pula, mereka akan memilih tetikus yang unik dan mahal serta berlainan daripada orang lain. Tetikus-tetikus pilihan mereka ini diperbuat daripada kulit-kulit haiwan dan juga material mewah seperti emas. Harganya pula mencapai belasan ke puluhan ribu dolar.

Untuk artikel kali ini kami dedahkan kepada anda Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia yang hanya mampu dimiliki oleh sesetengah orang sahaja. Bermula dari senarai kesepuluh. Selamat membaca 🙂

 

  1. Crocodile Skin Gold Mouse Ferrari (17258 USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Tetikus mewah ini diubahsuai oleh MJ Art Studio. MJ Art Studio memang terkenal dengan servis pengubahsuaian mereka. Mereka pakar mengubahsuai objek-objek biasa menjadi objek-objek mewah, di antaranya telefon pintar, komputer, barangan cenderamata, kereta, dan banyak lagi.

Seperti namanya, tetikus ini dibaluti sepenuhnya dengan kulit buaya. Tidak cukup dengan itu, MJ Art Studio menambahkan kemewahan pada tetikus ini dengan emas 18 Karat serta butiran berlian biru.

 

  1. MJ Python Leather Mouse (17840 USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Ini merupakan satu lagi sentuhan dari MJ studio Art. Model tetikus ini lebih mahal sedikit berbanding dengan model di atas kerana ia diperbuat daripada kulit ular sawa. Di bahagian antara butang penggerak (roller ball) tetikus ini pula dihiasi dengan plat emas. Tetikus ini didatangkan di dalam kotak berbulu warna hitam yang cantik.

 

  1. Gigabyte Bling-Bling GM-M7800S (18510 USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Model tetikus tanpa wayar GM-M7800S  ini ialah keluaran syarikat komponen komputer terkenal, Gigabyte. Bebutang sisi dan tengah tetikus ini diperbuat daripada emas 18 Karat. Bahagian tengah tetikus pula dikemaskan dengan balutan daripada kulit dan dihiasi dengan butiran kristal Swarovski (Swarovski crystals).

 

  1. Gold Metal Sun Mouse (20 Ribu USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Model tetikus edisi MJ777 ini merupakan model tetikus edisi yang ke sembilan hasil sentuhan MJ Studio Art. Bentuk tetikus model ini bulat seakan piring dan berbeza dari bentuk sebenar tetikus. Keseluruhan badan tetikus ini diperbuat daripada emas tulen melambangkan kemewahannya.

 

  1. Logitech Air 3D Laser Mouse (24180 USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Logitech Air 3D Laser Mouse ini ialah model tetikus keluaran syarikat komponen luaran komputer ternama, Logitech. Kerangka tetikus ini diperbuat daripada emas. Model tetikus ini didatangkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian serta pemacu mikro flash yang disaluti batu permata.

 

  1. White Gold USB Mouse (26730 USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Ringkas tetapi cantik. Itu yang boleh digambarkan dengan tetikus ini. Kerangka tetikus ini diperbuat daripada 100 peratus emas putih 18 Karat dan sebanyak 59 butiran potongan berlian dihiasi pada bahagian badan tetikus ini. Terdapat dua pilihan yang boleh dipilih oleh pelanggan iaitu corak berlian berbunga ataupun corak berlian bertaburan. Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan khas untuk meletakkan nama yang disaluti berlian pada tetikus ini. Memang sesuai untuk dihadiahkan kepada yang tersayang.

 

  1. MJ Blue Sapphire Mouse (27940 USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Satu lagi model tetikus hasil sentuhan MJ Art Studio. Keseluruhan badan tetikus ini diselaputi dengan batu nilam berwarna biru. Permukaan bawah atau kerangkanya pula diperbuat daripada emas. Ia merupakan edisi terhad dan didatangkan di dalam kotak berwarna hitam berserta warna keemasan bagi menampakkan kemewahannya.

 

  1. Black Diamond Logitech Mouse (31840 USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Model tetikus ini dari jenama Logitech. Seperti namanya, kerangka tetikus ini disaluti dengan butiran berlian hitam asli. Tetikus tanpa wayar yang mewah dan berkilau ini memang sesuai untuk para peminat tegar berlian dan juga batu permata.

 

  1. MJ Luxury VIP Mouse (34480 USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

MJ Art Studio menghasilkan lagi tetikus mewah yang diberi nama MJ Luxury VIP Mouse. Kerangka tetikus ini diperbuat daripada sejenis material dari negara Austria (White Austrian Strass). Keseluruhan kerangka tetikus ini kemudian disaluti penuh dengan butiran berlian bagi menambahkan kemewahannya.

 

  1. The Gold Bullion Wireless Mouse (36835 USD)

Senarai 10 Tetikus Komputer Yang Mahal Di Dunia

Disenaraikan sebagai tetikus paling mahal di dalam artikel kali ini. Sebagaimana namanya, ia berbentuk seperti sebuah jongkong emas. Tetikus tanpa wayar ini berukuran 104 milimeter panjang dan mempunyai bebutang kiri, kanan dan butang penggerak seperti tetikus yang lain. Ia sesuai digunakan untuk komputer Windows dan Mac.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen