Senarai 10 Buah Televisyen Yang Mahal di Dunia

Senarai 10 Buah Televisyen Yang Mahal di Dunia

 

Televisyen, Televisi, peti TV, TV atau apa saja gelarannya merupakan satu objek yang tidak asing lagi bagi rata-rata penduduk di muka bumi ini. Ia merupakan keperluan penting bagi kebanyakan orang sama ada untuk menonton berita, hiburan, maklumat dan sebagainya.

Harga normal sesebuah televisyen bergantung kepada spesifikasinya dan bermula dari ratusan hingga ke ribuan ringgit. Namun begitu tahu kah anda, ada televisyen yang harganya boleh mencecah puluhan hingga ke jutaan dolar? Ya, bukan ringgit tetapi dolar Amerika.

Apa yang menyebabkan harga TV-TV ini menjadi begitu mahal? Harganya diambil kira dari segi saiz, kualiti skrin paparan, material yang diguna pakai serta teknologi terkini. Ada sesetengahnya pula ditambah dengan aksesori hiasan mewah dan mahal seperti emas dan berlian.

Di bawah ini kami sediakan kepada anda senarai 10 buah televisyen yang mahal di dunia. Kita bermula dari nombor 10. Selamat membaca 🙂

 

  1. LG 84LM9600 (20 Ribu USD)

Dengan paparan skrin bersaiz 84 inci dan umpama sebuah pawagam mini, pengguna boleh menikmati pengalaman menonton yang menyeronokkan.  Ia juga didatangkan dengan ciri 3D dan dilengkapi dengan fungsi Smart TV. Pelancaran pertama kali model ini adalah dari negara China.

Pengeluar: LG

Saiz Skrin: 84 Inci

Resolusi: 3840 x 2160 Pixels

 

  1. Sony XBR-84X900 (25 Ribu USD)

Model ini merupakan saingan kepada model TV 84 inci keluaran LG. Ia didatangkan dengan ciri terkini seperti pemacu sistem stereo pada bahagian sisi skrin TV. TV ini juga dilengkapi dengan teknologi SimulView 3D, iaitu teknologi cangggih yang membolehkan 2 pemain permainan video bermain permainan berbeza di dalam skrin TV yang sama menggunakan kaca mata khas SimulView.

Mungkin kerana jenamanya, harganya 5 ribu USD lebih mahal daripada model LG di atas.

Pengeluar: SONY

Saiz Skrin: 84 Inci

Resolusi: 3840 x 2160 Pixels

 

  1. Samsung UN85S9 (38 Ribu USD)

Sama seperti dua model TV di atas, model TV dari Samsung ini juga mempunyai paparan skrin berkualiti UHD (ULTRA HIGH DEFINITION) dan fungsi Smart TV. Model ini mempunyai unit pemproses 4 teras (Quad Core) yang membolehkan pengguna melayari internet dan menukar kandungan dengan pantas serta berinteraksi dengan lancar. Rata-rata pembeli berpuas hati dengan kualiti dan teknologi TV ini. Cuma harganya yang mahal menjadi rungutan.

Pengeluar: SAMSUNG

Saiz Skrin: 85 Inci

Resolusi: 3840 x 2160 Pixels

 

  1. Panasonic TH 103VX200W (100 Ribu USD)

Model TV plasma bersaiz 103 inci ini didatangkan dengan ciri Full HD 3D untuk memberikan penggunanya kepuasan menonton. Pembeli juga dibekalkan dengan sepasang kaca mata 3D untuk menonton filem-filem 3D. Terdapat 4 slot HDMI yang disediakan pada TV ini. Nisbah kontras untuk TV ini ialah 5,000,000:1.

Pengeluar: PANASONIC

Saiz Skrin: 103 Inci

Resolusi: 1920 x 1080 Pixels

 

  1. Yalos Diamond (140 Ribu USD)

Saiz skrinnya tidaklah terlalu besar. Ia hanya bersaiz 46 inci. Tetapi harganya menjadi mahal kerana panel hadapan tv ini telah dimasukkan dengan 160 butir berlian 20 Karat. Tapaknya pula diperbuat daripada emas putih(Platinum). Ia dikeluarkan oleh Keymat, sebuah syarikat dari negara Itali dan pertama kali dipertontonkan untuk umum di negara Jerman. Rekaannya pula direka oleh pereka dari negara Jepun, Takahide Sano.

Pengeluar: KEYMAT INDUSTRIE SPA

Saiz Skrin: 46 Inci

Resolusi: 1080 x 720 Pixels

 

  1. BeoVision 4 103 (140 Ribu USD)

Keluasan skrin TV plasma yang mempunyai berat 500 kg ini adalah sama dengan 4 buah TV bersaiz 50 inci yang disusun 2 baris. Memang luas dan memberikan kepuasan dan pengalaman menonton kepada penggunanya. Ia disuntik dengan beberapa teknologi seperti kawalan gambar automatik, anti pantulan untuk kepuasan menonton pada waktu siang, BeoSystem 3 Stage Manager yang berfungsi untuk mengendali speaker bunyi keliling(surround-sound) dan output video. Selain itu TV ini juga mempunyai teknologi Beovision VisionClear yang berfungsi menyesuaikan dan melaraskan tahap warna dan pencerahan di setiap 5 hari.

Pengeluar: BANG & OLUFSEN

Saiz Skrin: 103 Inci

Resolusi: 1920 x 1080 Pixels

 

  1. Sharp LB-1085 LCD (160 Ribu USD)

Televisyen LCD jenama Sharp ini dibuat pada tahun 2008 dan mempunyai keluasan skrin 108 inci serta Full HD untuk resolusi skrinnya. Walaupun TV ini bukan dari jenis Smart TV dan tidak menyokong 3D, ia mampu ditonton pada sudut kedudukan 176 darjah. Antara salah satu fungsi yang terdapat di dalam TV ialah Active Contrast. Ia berfungsi untuk mengawal kecerahan dan tahap kontras gambar dan filem. Selain itu, terdapat fungsi Brightness Sensor yang bertindak mengesan keadaan sekeliling TV. Ia melaraskan kecerahan skrin secara automatik bergantung kepada keadaan sekeliling yang gelap ataupun cerah.

Dengan keluasan skrin ini tentu mampu memberikan pengalaman menonton yang memuaskan, umpama berada di dalam pawagam mini.

Pengeluar: SHARP ELECTRONICS

Saiz Skrin: 108 Inci

Resolusi: 1920 x 1080 Pixels

 

  1. Panasonic TH-152UX1 (500 Ribu USD)

Saiznya memang besar dan poket pun kena besar. TV Plasma ini berketinggian 6.5 kaki dan lebarnya mencapai 11 kaki. Beratnya pula mencapai 577 kilogram. Resolusi skrinnya ialah 4096×2160 Pixels(4K Resolution) Full HD dan berkeupayaan bermain filem atau video 3D. Nisbah paparan skrin TV ini ialah 17:9, sama dengan skrin di pawagam dan nisbah kontrasnya ialah 5000000:1.

Pengeluar: PANASONIC

Saiz Skrin: 152 Inci

Resolusi: 4096 x 2160 Pixels

 

  1. Stuart Hughes’ PrestigeHD Supreme Edition (1.5 Juta USD)

Siapa yang tak kenal Stuart Hughes? Pereka barangan emas dari Liverpool, England ini memang terkenal dengan rekaan barangan emas yang mahal dan menggemparkan dunia. Di antara barangan yang pernah mendapat sentuhan pereka ini ialah telefon pintar iPhone(Senarai Telefon Pintar iPhone Yang Termahal di Dunia), iPad, kereta, konsol permainan, kapal layar(Senarai Kapal Layar Termahal di Dunia), dan banyak lagi barangan mewah yang lain.

Untuk kali ini, Stuart memberikan sentuhan pada model TV yang diberi nama PrestigeHD Supreme Edition. TV berskrin 55 inci dan berat 19 kilogram ini dibuat dari emas kuning 22 Karat dan ditaburi dengan 48 kepingan berlian 0.75 Karat setiap satu. Untuk hiasan tambahan, ia juga dihiasi dengan batu permata Topaz dan Aventurine. TV ini dikemaskan lagi dengan balutan kulit buaya(jahitan tangan oleh tukang jahit berbakat).

 

  1. Stuart Hughes’ PrestigeHD Supreme Rose Edition (2.26 Juta USD)

TV ini merupakan satu lagi hasil sentuhan pereka Stuart dan merupakan TV yang termahal di dunia buat masa ini. Ia adalah salah satu daripada siri PrestigeHD sentuhan Stuart. Saiz TV ini sama dengan model TV di atas, iaitu 55 inci. Kerangkanya diperbuat daripada 28 kilogram emas ros 18 Karat dan dihiasi dengan 72 potongan bulat butiran berlian 1 Karat. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan hiasan tambahan batu permata dan batu kecubung(Amethyst). TV ini juga dikemaskan dengan balutan kulit buaya seperti model TV di atas.

TV ini merupakan edisi terhad dan hanya 3 buah unit TV sahaja dari model ini yang dicipta di dunia.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen