Konsol Permainan Video Yang Termahal Di Dunia

Konsol Permainan Video Yang Termahal Di Dunia

Permainan video bukanlah sesuatu perkara yang baru di dalam dunia ini. Ia telah mula dikenali semenjak tahun 1970-an lagi. Rata-rata penggemar permainan video terdiri daripada pelbagai lapisan umur, dari kanak-kanak sehinggalah ke orang dewasa. Ia boleh didapati dalam pelbagai kategori seperti perlumbaan, strategi, aksi, dan banyak lagi.

Permainan video dimainkan melalui konsol permainan video yang berfungsi sebagai pemapar imej permainan video. Pada masa kini, terdapat beberapa syarikat permainan video yang terkenal dan besar, bersaing bagi menghasilkan konsol-konsol permainan video yang canggih dan hebat. Di antara jenama permainan video yang terkenal ialah, Playstation keluaran Sony, Xbox dari Microsoft, dan juga Nintendo.

Harga konsol permainan video di pasaran memang mahal tetapi masih mampu dimiliki oleh kebanyakan orang, namun pada kali ini kami nak kongsikan kepada anda Konsol Permainan Video Yang Termahal Di Dunia yang hanya mampu dimiliki oleh orang kaya sahaja. Selamat membaca 🙂

 

 PlayStation 3 Supreme (323 Ribu USD)

PlayStation 3 Supreme

Konsol permainan PlayStation 3 keluaran Sony ini mendapat sentuhan dari pereka barangan mewah terkenal, Stuart Hughes. Pereka kelahiran England ini menghasilkan banyak rekaan mewah seperti History Supreme (Senarai 10 Buah Kapal Layar Termahal di Dunia) dan juga iPhone yang disaluti emas dan berlian (Senarai Telefon Pintar iPhone Yang Termahal di Dunia), di mana artikel tentangnya pernah ditulis oleh kami sebelum ini.

Dikhabarkan Stuart mengambil masa selama 12 minggu untuk menyiapkan rekaan konsol PlayStation 3 Supreme ini. Kerangkanya diperbuat daripada emas 22 Karat seberat 1.6 kilogram. Di bahagian kiri dan kanan di antara pemain cakeranya pula dihiasi dengan butiran halus berlian dengan jumlah keseluruhan 26 Karat. Stuart hanya mereka 3 buah unit sahaja dari model Playstation 3 ini di dalam dunia.

 

Nintendo Wii Supreme (482 Ribu USD)

Nintendo Wii Supreme

Nintendo Wii Supreme ini merupakan Konsol Permainan Video Yang Termahal Di Dunia pada masa artikel ini ditulis. Konsol permainan video yang mewah ini juga merupakan salah satu dari hasil sentuhan tangan Stuart Hughes. Beliau mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan rekaan konsol permainan video ini.

Kerangka Nintendo Wii Supreme ini diperbuat daripada emas 22 Karat seberat 2.5 kilogram. Butang hadapan konsol ini pula dihiasi dengan 72 butiran halus berlian dengan jumlah keseluruhan 19.5 Karat. Hanya 3 buah unit sahaja bagi model konsol permainan video ini direka oleh Stuart.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen