Trak Yang Termahal Di Dunia Milik Sultan Johor

Trak Yang Termahal Di Dunia Milik Sultan Johor

Trak kepunyaan Sultan Johor ini dikatakan trak yang termahal di dunia pada masa ini. Trak ini dicipta oleh syarikat Mack Trucks bertempat di salah satu cawangannya di Brisbane, Australia. Ia dikatakan mengambil masa selama setahun sebelum siap sepenuhnya. Ia merupakan trak termahal dan paling mewah di Australia yang pernah dikeluarkan oleh syarikat Mack Trucks buat setakat ini.

Harga trak Sultan Johor dengan warna bendera negeri Johor ini dirahsiakan. Namun trak yang mempunyai 685 kuasa kuda dengan kelajuan 100 kilometer sejam ini, dikatakan mengatasi harga trak peribadi buatan US sebelum ini yang berharga sebanyak $481,000 (RM1,457,490). Berbaloi dengan harganya, trak ini mempunyai banyak kemudahan yang tersedia. Di antaranya ialah:

–  6 sistem kamera CCTV yang dihubungkan menerusi 2 buah TV berskrin leper di dalam trak.

– Lampu polis dan empat buah hon yang besar.

– Lampu jalur(strip-lighting) yang boleh diprogram dipasang sepanjang lantai trak ini.

– Lambang di raja disulam dengan 72 ribu jahitan benang emas pada bahagian tempat duduk hadapan.

– Perhiasan patung harimau emas pada bahagian hadapan trak hasil sentuhan Wallace Bishop.

– Set katil berkembar dengan balutan kulit yang diimport dari Afrika Selatan.

– Ruang santai pada bahagian belakang trak dilengkapi dengan pelindung matahari, kerusi santai, dan juga set BBQ yang boleh ditarik dan disimpan.

– Ruang dapur batu (stone-topped kitchen) dilengkapi dengan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, dan juga pemanggang.

– Sistem audio bunyi keliling dari Bose.

– Konsol permainan video Xbox dan juga Playstation.

– Keseluruhan lantai trak diperbuat menggunakan kayu jarrah (jarrah timber).

– Trak ini menggunakan tayar berjenama Michelin model X1 yang lebar bagi melancarkan perjalanan.

Galeri Gambar Trak Sultan Johor:

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen