Senarai Helikopter Yang Termahal di Dunia

Senarai Helikopter Yang Termahal di Dunia

 

Helikopter pertama kali dicipta lebih kurang 80 tahun yang lalu. Ia merupakan salah satu pengangkutan udara selain dari kapal terbang. Rata-rata penumpangnya ialah golongan elit seperti orang-orang kenamaan, pembesar-pembesar negara, dan juga ahli-ahli perniagaan. Selain itu, ia juga merupakan salah satu pengangkutan terpenting digunakan oleh pihak tentera, polis, dan pasukan penyelamat di setiap negara.

Harga sesebuah helikopter menelan belanja jutaan ringgit. Hanya badan-badan kerajaan serta golongan elit sahaja yang mampu memilikinya. Justeru untuk kali ini, kami kongsikan kepada anda Senarai Helikopter Yang Termahal di Dunia. Jom tengok 😉

 

  1. Eurocopter Ec135 (4.2 Juta USD)

EUROCOPTER EC135
Sumber: Stahlkocher- Wikipedia

Helikopter yang bernama Eurocopter EC135 ini merupakan buatan syarikat Airbus Helicopters, iaitu salah satu divisyen dari kumpulan Airbus Group . Rekaan dalaman helikopter ini pula dibuat oleh Hermes, iaitu syarikat rekaan fesyen terkenal dari Perancis. Ia dijanakan oleh 2 enjin turbo Turbomeca Arrius 2B2 dan 2 enjin turbo Pratt & Whitney PW206B2. Kelajuannya dianggarkan mampu mencapai 254 kilometer sejam. Helikopter yang diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1996 ini mampu membawa penumpang seramai 5 orang.

 

  1. Eurocopter Ec145 (5.5 Juta USD)

EUROCOPTER EC145
Sumber: Matthias Zepper- Wikipedia

Eurocopter EC145 ini merupakan sebuah helikopter pelbagai guna dan salah satu helikopter bersaiz sederhana yang terbaik. Ia dijanakan oleh dua enjin jenis Turbomeca ARRIEL 1E2. Helikopter ini mampu menampung seramai 11 orang penumpang dan berkelajuan 246 kilometer sejam. Ia mampu beroperasi pada ketinggian maksimum 18 ribu kaki.

 

  1. AgustaWestland AW109 (6.3 Juta USD)

AgustaWestland AW109
Sumber: Ikiwaner- Wikipedia

Helikopter sederhana ringan ini dicipta oleh syarikat pembuat helikopter dari Itali, AgustaWestland. Ia memulakan penerbangan sulungnya pada tahun 1970 dan diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1976. Antara badan-badan yang menggunakan helikopter ini ialah tentera Itali, pasukan penyelamat udara Switzerland (Rega), tentera udara diraja New Zealand.

 

  1. Eurocopter EC175 (7.9 Juta USD)

Eurocopter EC175
Sumber: Tom Andreas Østrem

Model Eurocopter EC175 ini juga dikenali dengan nama Avicopter Z-15. Ia dilancarkan pada tahun 2008 dan disahkan pada tahun 2011. Helikopter ini direka untuk pelbagai kegunaan. Ia digunakan sebagai pengangkutan awam, industri minyak dan gas, misi mencari dan menyelamat, pasukan keselamatan, pasukan perubatan, dan juga pengangkutan badan-badan korporat. Helikopter ini dijana oleh dua enjin turbo model Pratt & Whitney PT6C-67E dan mempunyai 5 bilah kipas pada bahagian utama dan 3 bilah kipas pada bahagian ekor.

mempunyai 5 bilah kipas pada bahagian utama dan 3 bilah kipas pada bahagian ekor.

  1. Eurocopter EC155 (10 Juta USD)

Eurocopter EC155
Sumber: Pedro Aragão- Wikipedia

Helikopter ini mampu membawa seramai 13 orang penumpang pada satu-satu masa. Ia dikuasakan oleh dua enjin kembar Turbomeca Arriel 2C1. Helikopter ini juga digunakan oleh syarikat-syarikat minyak dan gas, unit penyelamat, dan golongan VIP.

 

  1. Sikorsky S-76C (12.95 Juta USD)

Sikorsky S-76C
Sumber: Contando Estrelas- Vigo, España / Spain

Model helikopter Sikorsky S-76C ini dikuasakan oleh 2 enjin kembar Turbomeca Arriel 1S1. Ia merupakan helikopter serba guna yang digunakan oleh badan-badan kerajaan, korporat, dan juga hospital. Antara penggunanya yang terkenal ialah kaum kerabat diraja Britain dan juga ahli perniagaan, Donald Trump.

 

  1. AgustaWestland AW139 (14.5 Juta USD)

AgustaWestland AW139
Sumber: Oleg V. Belyakov- Wikipedia

Helikopter bersaiz sederhana besar yang bernama AgustaWestland AW139 ini mampu memuatkan seramai 15 orang penumpang. Ia dikuasakan oleh 2 enjin turbo berkembar Pratt & Whitney PT6C. Ia mempunyai 5 bilah kipas pada bahagian utama dan 4 bilah kipas pada bahagian ekor. Helikopter ini mampu mencapai kelajuan 206 km sejam.

 

  1. Bell 525 (15 Juta USD)

Bell 525
Sumber: bellhelicopter.com

Model helikopter Bell 525 dengan nama gelaran  Relentless ini dibina oleh syarikat pembuat helikopter dari Amerika, Bell Helicopter. Ia mampu menampung seramai 16 orang penumpang pada satu-satu masa. Dijanakan oleh dua enjin turbo model GE CT7-2F1, ia mampu mencapai kelajuan sehingga 261 kilometer sejam. Ia mampu beroperasi pada ketinggian maksimum 20 ribu kaki.

 

  1. Sikorsky S92 (17 Juta USD)

Sikorsky S92
Sumber: Ronnie Robertson

Helikopter Sikorsky S92 ini dicipta berasaskan ilham daripada model H-92 Superhawk, iaitu helikopter yang digunakan oleh pihak tentera. Model Sikorsky S92 bersaiz sederhana besar ini dijanakan oleh 2 enjin turbo GE CT7-8A. Kerangka dan komponennya diperbuat daripada aluminium dan juga bahan-bahan campuran yang lain seperti titanium. Helikopter ini mampu membawa seramai 10 orang penumpang. Ia mampu mencapai kelajuan 280 kilometer sejam dan mampu terbang setinggi 14 ribu kaki.

 

  1. AgustaWestland AW101 (21 Juta USD)

AgustaWestland AW101
Sumber: Cpl Phil Major ABIPP RAF

Model AW101 ini dicipta dengan kerjasama oleh 2 syarikat pembuat helikopter, iaitu Agusta dari Itali dan Westland Helicopters dari Britain. Helikopter ini banyak digunakan oleh orang-rang kaya dari Arab Saudi dan juga India. Selain itu, helikopter ini juga digunakan oleh pihak tentera dari negara seperti Itali dan Denmark. Ia mampu menampung seramai 24 orang penumpang dan berkelajuan 278 kilometer sejam.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen