Senarai 20 Buah Kereta Yang Mahal Di Dunia

Senarai 20 Buah Kereta Yang Mahal Di Dunia

Kereta merupakan salah satu kenderaan yang penting dan tidak asing lagi di dalam dunia ini. Ia merupakan satu keperluan bagi kebanyakan orang. Harga kereta bergantung kepada spesifikasi dan jenamanya. Ada jenis yang mampu dimiliki dan ada pula yang hanya mampu dilihat. Bagi orang berada, harga kereta mahal tidak menjadi masalah kepada mereka. Minat mengatasi segalanya. Di bawah ini adalah senarai 20 buah kereta yang mahal di dunia dan hanya mampu dimiliki oleh sesetengah orang. Sekadar perkongsian 🙂

P.S. Terdapat banyak lagi model-model kereta mahal/mewah di luar sana namun kami memilih secara rambang dan hadkan kepada 20 unit sahaja untuk kali ini.

 

Zenvo ST1 (1.2 Juta USD)

Berharga 1.2 Juta USD, kereta ini mampu memecut sehingga 233 batu (mph)/ 375 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Zenvo
  • Model: ST1
  • Enjin: Turbocharged & Supercharged 6.8L V8
  • Kuasa: 1104 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 3 saat.

 

Ferrari LaFerrari (1.4 Juta USD)

LaFerrari atau The Ferrari di dalam bahasa Inggeris mampu memecut sehingga 217 batu (mph)/ 350 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Ferrari
  • Model: LaFerrari (F150)
  • Enjin: 3L F140FE V12, electric motor & KERS
  • Kuasa: 789 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 3 saat.

 

Ferrari F60 America (2.5 Juta USD)

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke 60 Ferrari di Amerika Utara, kereta ini dikeluarkan hanya untuk negara Amerika dan terhad kepada 10 buah sahaja. Berkelajuan maksimum lebih kurang 210 batu (mph)/ 338 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Ferrari
  • Model: F60America (F12)
  • Enjin: 6.3L V-12
  • Kuasa: 730 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 3.1 saat.

 

Ferrari F12 TRS (4.2 Juta USD)

Model Ferrari F12 TRS adalah inspirasi daripada model 1957 250 Testa Rossa.  Ferrari mengesahkan bahawa F12 TRS mempunyai kuasa yang sama dengan model F12 Berlinetta. Kelajuan yang mampu dicapainya adalah 211 batu (mph)/ 340 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Ferrari
  • Model: F12 TRS
  • Enjin: 6.3L V-12
  • Kuasa: 730 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 3.1 saat.

 

Mansory Vivere Bugatti Veyron (3.4 Juta USD)

Kereta mewah hasil sentuhan Mansory ini mampu mencapai kelajuan 255 batu (mph)/ 410 kilometer (kph) sejam. Ia merupakan salah satu kereta yang terpantas di dunia.

  • Pengeluar: Bugatti Automobiles S.A.S.
  • Model: Grand Sport Vitesse Roadster (Mansory Vivere edition)
  • Enjin: W16 8L
  • Kuasa: 1200 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.6 saat.

 

Lykan HyperSport (3.4 Juta USD)

Kereta sport edisi terhad ini dicipta oleh W Motors yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) degan kerjasama jurutera-jurutera dari Lubnan, Perancis, dan Itali. Kereta sport ini adalah ciptaan pertama dari timur tengah dan pernah beraksi di dalam filem terkenal Fast and Furious siri terakhir: Furious 7. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai oleh kereta ini adalah 239 batu (mph)/ 385 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: W Motors
  • Model: Lykan HyperSport
  • Enjin: 3.7L Twin-turbo Flat-six engine
  • Kuasa: 770 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.8 saat.

 

Aston Martin One-77 (1.4 Juta USD)

Kereta sport ini mampu mencapai kelajuan maksimum 220 batu (mph)/ 354 kilometer (kph) sejam. Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 77 unit sahaja.

  • Pengeluar: Aston Martin
  • Model: One-77
  • Enjin: 7.3L V-12
  • Kuasa: 750 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 3.5 saat.

 

McLaren P1 (1.6 Juta USD)

MCLAREN P1 ialah model kereta sport hibrid buatan McLaren Automotive, pelapis kepada MCLAREN F1. Berbekalkan enjin twin-turbocharged V8, kereta ini mampu mencapai kelajuan 217 batu (mph)/ 350 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: McLaren Automotive
  • Model: P1
  • Enjin: 3.8L twin-turbo M838TQ V8
  • Kuasa: 727 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.7 saat.

 

Hennessey Venom GT (1.1 Juta USD)

Hennessey Venom Gt direka berdasarkan reka bentuk Lotus Exige. Kereta ini dikatakan mampu mencapai kelajuan 278 batu (mph)/ 447 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Hennessey Performance Engineering
  • Model: Hennessey Venom
  • Enjin: 7.0L [427ci] LSX Twin Turbocharged V8
  • Kuasa: 1244 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.7 saat.

 

Koenigsegg Agera R (1.5 Juta USD)

Berbekalkan kuasa 1140 hp, kereta ini mampu memecut pada kelajuan 275 batu (mph)/ 443 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Koenigsegg
  • Model: Agera R
  • Enjin: 5.0L V8, dual Turbo
  • Kuasa: 1140 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.8 saat.

 

Koenigsegg Agera S (1.4 Juta USD)

Satu lagi model keluaran Koenigsegg berharga 1.4 Juta USD yang berkeupayaan memecut pada kelajuan 273 batu (mph)/ 439 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Koenigsegg
  • Model: Agera S
  • Enjin: 5.0L V8, dual Turbo
  • Kuasa: 1030 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.9 saat.

 

Koenigsegg One:1 (2.4 Juta USD)

Kereta sport Koenigsegg One:1 ini direka dengan kuasa dan berat yang seimbang iaitu 1:1 untuk penghasilan kelajuan maksimum. Ia dianggarkan mampu memecut sehingga 273 batu (mph)/ 440 kilometer (kph) sejam. Dikhabarkan hanya 6 buah unit dicipta. Dua daripadanya dibeli oleh pembeli dari Britain dan 4 lagi dijual kepada pasaran China.

  • Pengeluar: Koenigsegg
  • Model: One:1
  • Enjin: Koenigsegg aluminum 5L V8
  • Kuasa: 1360 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.8 saat.

 

Koenigsegg CCXR Trevita (4.8 Juta USD)

Dengan harga bernilai 4.8 Juta USD, ia memintas model Lamborghini Veneno yang dijual pada harga 4.5 Juta USD pada tahun 2015. Hanya 2 unit sahaja yang dikeluarkan oleh pihak Koenigsegg. Ia berkeupayaan memecut pada kelajuan 254+ batu (mph)/ 410+ kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Koenigsegg
  • Model: CCXR Trevita
  • Enjin: 4.8 L (293 cu in) Twin supercharged DOHC V8
  • Kuasa: 1018 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.9 saat.

 

Lamborghini Veneno Roadster (4.5 Juta USD)

Lamborghini Veneno Roadster adalah salah satu di antara kereta yang termahal di dunia. Kelajuan maksimum yang mampu dicapainya ialah 221 batu (mph)/ 355 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Lamborghini
  • Model: Veneno
  • Enjin: 6.5L V12, 60°, MPI
  • Kuasa: 750 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.9 saat.

 

Lamborghini Sesto Elemento (2.2 Juta USD)

Kereta sport dua pintu dengan kuasa enjin V10 serta berat yang hanya 999 kilogram ini mampu menjangkau kelajuan 219 batu (mph)/ 352 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Lamborghini
  • Model: Sesto Elemento
  • Enjin: 2 L V10
  • Kuasa: 570 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.5 saat.

 

Lamborghini Reventon (2 Juta USD)

Model ini dilancarkan pada tahun 2007 di Frankfurt Motor Show. Hanya 21 buah unit sahaja dikeluarkan iaitu 10 buah dijual kepada Amerika, 7 di Eropah, 1 di Kanada, 2 di Asia, dan satu unit dipamerkan di muzium. Kelajuan maksimum yang pernah dicatatkan ialah 221 batu (mph)/ 355 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Lamborghini
  • Model: Reventon
  • Enjin: 6.5L (400 cu in) V12
  • Kuasa: 650 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 3.4 saat.

 

Lamborghini Aventador J (2.8 Juta USD)

Huruf J dari kereta ini adalah inspirasi dari model Lamborghini Miura Jota pada tahun 1970. Sama seperti Miura Jota, model ini juga berasal daripada model terdahulu, Lamborghini Aventador. Model ini dicipta tanpa bumbung dan juga cermin hadapan. Enjinnya masih sama dengan model Aventador biasa. Hanya 1 unit sahaja yang dicipta bagi model ini. Kelajuannya pula adalah 186 batu (mph)/ 299 kilometer (kph) sejam, lebih perlahan dari model Aventador biasa.

  • Pengeluar: Lamborghini
  • Model: Aventador J
  • Enjin: 6.5L L539 V12
  • Kuasa: 700 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.9 saat.

 

Pagani Zonda Cinque Roadster (1.8 Juta USD)

Kereta ini merupakan versi Roadster(tanpa bumbung dan 2 tempat duduk) dari model Pagani Zonda Cinque. Badannya diperbuat daripada gentian fiber dan hanya 5 buah unit sahaja dikeluarkan. Kelajuannya pula boleh menjangkau 217 batu (mph)/ 349 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Pagani
  • Model: Zonda Cinque Roadster
  • Enjin: Mercedes-AMG 12V
  • Kuasa: 678 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 3.4 saat.

 

Pagani Huayra (1.3 Juta USD)

Huayra(ˈwai̯ra sebutan orang Itali) digunakan sempena nama Wayra Tata, bermaksud Dewa Angin di dalam bahasa Quechua, iaitu bahasa rasmi empayar Inca. Berbekalkan enjin V12 twin-Turbo dan 730 kuasa kuda, kereta Pagani Huayra ini mampu memecut pada kelajuan 230 batu (mph)/ 370 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: Pagani
  • Model: Huayra
  • Enjin: Mercedes-AMG M158 V12 twin-Turbo
  • Kuasa: 730 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 3.0 saat.

 

SSC Tuatara (1.3 Juta USD)

Kereta sport buatan Amerika ini dikatakan pesaing utama kepada Bugatti Veyron. Model terdahulu syarikat ini(SSC Ultimate Aero)berjaya mengalahkan Bugatti Veyron pada 13 September 2007 untuk bergelar kereta terpantas di dunia (kelajuan 256 batu (mph)/ 412 kilometer (kph) sejam). Namun pada 26 Jun 2010 gelaran itu dirampas kembali oleh Bugatti Veyron Super Sport (kelajuan 267.856 batu (mph)/ 431.072 kilometer (kph) sejam). SSC Tuatara ini dikatakan(oleh pengeluarnya) mampu memecut pada kelajuan 276 batu (mph)/ 444 kilometer (kph) sejam.

  • Pengeluar: SSC North America
  • Model: Tuatara
  • Enjin: 6.9L (423.6 cu in) twin-turbo V8
  • Kuasa: 1350 hp
  • Pecutan: 0-100 kph(62mph) dalam masa 2.3 saat.
Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen