Senarai 10 Pesawat Peribadi Antara Yang Termahal Di Dunia

Senarai 10 Pesawat Peribadi Antara Yang Termahal Di Dunia

 

Pesawat merupakan salah satu pengangkutan awam yang penting pada masa kini. Menaiki pesawat dapat menjimatkan masa perjalanan anda walaupun harganya mungkin sedikit mahal berbanding dengan harga servis perkhidmatan pengangkutan awam yang lain. Namun seperti yang kita ketahui, pengangkutan awam bermaksud anda dan orang ramai akan berkongsi satu ruang yang sama apabila menggunakan servis pengangkutan ini.

Adalah menjadi impian kebanyakan orang untuk memiliki kenderaan atau pengangkutan peribadi sama ada motosikal,kereta dan sebagainya. Bagi orang-orang ternama dan kaya seperti ahli politik,perniagaan atau pemimpin, memiliki kenderaan peribadi adalah satu kemestian. Antara faktor-faktor penting memiliki kenderaan peribadi adalah untuk menjaga privasi mereka dan kepantasan perjalanan ke destinasi yang dituju. Harga jutaan Dolar bukanlah penghalang bagi mereka untuk memiliki kenderaan mewah seperti pesawat peribadi.

Di bawah ini kami sediakan kepada anda secara rawak Senarai 10 Pesawat Peribadi Antara Yang Termahal Di Dunia. Kita mulakan dari tempat ke sepuluh. Selamat membaca 🙂

 

  1. Boeing 737 (80 Juta USD)

Senarai 10 Pesawat Peribadi Antara Yang Termahal Di Dunia

Pesawat ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan dari Amerika yang dirahsiakan namanya. Pesawat ini pertama kali diperkenalkan beberapa tahun lepas di Persidangan dan Pameran Perniagaan Pesawat Asia, (ABACE -Asian Business Aviation Conference & Exhibition). Harga asalnya bernilai 57 Juta USD, namun pengubahsuaian dan penambahbaikan dalaman pesawat ini telah melonjakkan harganya ke nilai 80 Juta USD.

Pesawat ini mampu membawa seramai 19 orang penumpang dan menyediakan kemudahan tempat tidur untuk 8 orang penumpang. Pesawat ini dilengkapi dengan dapur serta bilik mandi yang mempunyai pancuran air untuk kemudahan penumpangnya. Selain itu, pesawat ini juga disediakan dengan bilik persidangan dan juga teknologi canggih untuk mengakses internet dan peranti komunikasi yang lain secara terus menerus melalui satelit.

 

  1. Airbus A319 Corporate Jet (80.7 Juta USD)

Airbus A319 Corporate Jet

Airbus, sebuah syarikat pembuatan pesawat terkenal menawarkan pesawat korporat ini dengan harga bernilai 80.7 Juta USD. Airbus menawarkan rekaan dalaman pesawat ini yang boleh diubahsuai mengikut kehendak pelanggannya. Pesawat korporat ini dimiliki oleh unit pengangkutan Escadron de transport, d’entrainement et de calibration (Transportation, training and calibration squadron) di bawah kuasa tentera udara Perancis. Selain itu, tentera udara Jerman (Luftwaffe) juga memiliki pesawat ini dan menjadi pesawat rasmi bagi kerajaan mereka.

 

  1. Boeing 757 – Donald Trump (100 Juta USD)

Boeing 757 – Donald Trump

Pesawat peribadi ini pada asalnya dibeli pada tahun 1995 oleh Paul Allen, pengasas bersama syarikat perisian komputer terkenal Microsoft. Pada tahun 2011, seorang bilionair terkenal, Donald Trump membeli pesawat peribadi ini bagi menggantikan pesawat peribadi beliau yang lama, Boeing 727 yang dibuat pada tahun 1969.

Donald menambahkan kemewahan pesawat ini dengan menggunakan tali pinggang keledar pada tempat duduk penumpang yang dibuat daripada emas. Sinki dan kepala paip di bilik air juga turut ditukar kepada emas. Selain itu, Donald juga memiliki bilik khas pawagam yang menempatkan sebuah TV paparan skrin rata bersaiz 52 inci.

 

  1. Gulfstream III – Tyler Perry (125 Juta USD)

Gulfstream III – Tyler Perry

Penerbit,pengarah, dan pelakon dari Amerika, Tyler Perry adalah pemilik kepada pesawat peribadi mewah ini. Pesawat ini pernah membawa jenazah mendiang penyanyi dan pelakon terkenal Whitney Houston dari California ke New Jersey sejurus kematian mendiang.

Pesawat peribadi milik Perry ini disediakan dengan beberapa kemudahan seperti dok iPod (iPod docking stations), beberapa pemain untuk sistem Blu-Ray, skrin TV LCD bersaiz 42 inci, dan TV satelit. Selain itu, pesawat ini juga mempunyai lampu pencahayaan teater yang dilengkapi dengan sistem kawalan elektronik yang boleh melaraskan kelegapan (opacity) pada tingkap pesawat.

 

  1. Boeing 747-81 VIP – Joseph Lau (153 Juta USD)

Boeing 747-81 VIP – Joseph Lau

Seorang hartawan hartanah dari Hong Kong, Joseph Lau adalah pemilik kepada pesawat Boeing 747-81 VIP atau nama timangannya Dreamliner ini. Pesawat ini dilengkapi dengan bilik khas untuk mesyuarat, beberapa bilik khas untuk tetamu VIP dan sebuah gim peribadi. Selain itu, pesawat ini juga dilengkapi dengan beberapa paparan skrin video pada bahagian dindingnya.

 

  1. Boeing 767-33A/ER – Roman Abramovich (170 Juta USD)

Boeing 767-33AER - Roman Abramovich

Kebanyakan orang memang sudah mengenali Roman Abramovich, si pemilik kepada Boeing 767-33a/ER ini. Beliau merupakan bilionair terkenal dari negara Rusia dan merupakan pemilik kepada kelab bola sepak England yang terkenal, Chelsea.  Beliau juga memiliki sebuah kapal layar mewah yang diberi nama Eclipse yang ada kami siarkan di dalam artikel: Senarai 10 Buah Kapal Layar Termahal di Dunia.

Pada asalnya pesawat ini adalah milik syarikat penerbangan Hawaii sebelum dibeli oleh Abramovich. Beliau menggunakan pesawat ini untuk perjalanan peribadi dan bagi tujuan memudahkan perjalanan beliau ke kelab bola sepak Chelsea miliknya. Seperti kapal layar Eclipse milik beliau, pesawat ini turut dilengkapi dengan sistem pertahanan peluru berpandu bagi tujuan keselamatan. Untuk bahagian dalaman pesawat pula, ia disediakan dengan ruang untuk santapan dengan kapasiti yang boleh menampung seramai 30 orang. Selain itu, sebuah bilik khas yang besar juga turut disediakan untuk mengendali segala urusan mesyuarat.

 

  1. Boeing 747-400 – Prince Al-Waleed bin Talal (220 Juta USD)

Boeing 747-400 – Prince Al-Waleed bin Talal

Pesawat peribadi Boeing 747-400 ini adalah milik seorang putera raja dari Arab Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal. Pesawat ini dicipta khas untuk putera raja dari Arab Saudi ini. Seramai 100 orang pelayan bertugas di dalam pesawat mewah ini dan ia disediakan dengan ruang makan yang boleh menampung seramai 14 orang serta terdapat dua buah bilik tidur mewah disediakan di dalamnya. Pesawat ini diselia dan dikendalikan oleh 11 orang pembantu penerbangan.

 

  1. Boeing 747-430 – Sultan Brunei (233 Juta USD)

Boeing 747-430 – Sultan Brunei

Harga asal pesawat ini ialah 100 Juta USD. Namun sultan Brunei telah membelanjakan lebih kurang 130 juta USD lagi untuk pengubahsuaian dalaman pesawat ini. Bahagian dalaman pesawat ini seperti bilik tidur, bilik air, dan ruang tamu telah dihiasi dengan emas dan kristal. Pesawat ini dimewahkan lagi dengan sinki yang diperbuat daripada 100% emas.

 

  1. Airbus A340-300 – Alisher Usmanov (450 Juta USD)

Airbus A340-300 – Alisher Usmanov
Foto Kredit: Clément Alloing

Pesawat peribadi ini adalah yang terbesar di Rusia. Dimiliki oleh seorang usahawan terkenal dan terkaya di Rusia, Alisher Usmanov. Pesawat ini diberi nama Bourkhan, sempena nama bapa beliau. Alisher Usmanov juga menggunakan nama ibunya Dilbar, untuk kapal layar mewah beliau (sila baca artikel ini: Senarai 10 Buah Kapal Layar Termahal di Dunia. Harga asal pesawat ini ialah 350 juta USD sebelum pengubahsuaian dalaman, teknologi serta sistem keselamatan menjadikan harganya 450 juta USD.

 

  1. Airbus A380 – Prince Al-Waleed bin Talal (500 Juta USD)

Airbus A380 – Prince Al-Waleed bin Talal

Putera raja Arab Saudi, Al-Waleed bin Talal membeli pesawat ini pada harga 300 juta USD dan melakukan pengubahsuaian dalaman yang menjadikan harga pesawat ini bernilai 500 juta USD. Pesawat yang mendapat jolokan nama “kingdom in the sky“ atau “flying palace” ini dikhabarkan dihiasi dengan saduran emas pada beberapa bahagian dalaman pesawat dan juga singgahsana daripada emas padu. Terdapat halaman untuk konsert, tempat mandian ala Turki, dan garaj untuk kereta jenama Rolls-Royce. Selain itu, pesawat ini juga disediakan dengan bilik solat yang dilengkapi dengan sejadah elektronik yang mampu memutar secara automatik menghadap ke arah kiblat di Mekah.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen