Bugatti Chiron, Pengganti Bugatti Veyron

Bugatti Chiron, Pengganti Bugatti Veyron

Bugatti Veyron telah mendapat adik baru yang diberi nama Chiron. Pengeluarnya Bugatti, merupakan salah satu anak syarikat pengeluar kereta terkenal, Volkswagen. Bugatti Chiron pertama kali dipamerkan pada 1 Mac, 2016 di pusat pameran Geneva Motor Show. Desas-desus tentang kemunculan kereta ini sudah kedengaran sejak 1 atau 2 tahun yang lepas, namun kali ini ia disahkan sendiri oleh syarikat Bugatti.

Seperti yang diketahui, harga kereta-kereta keluaran Bugatti memang mahal harganya. Kereta Bugatti Veyron pernah kami senaraikan sebelum ini dalam artikel Senarai 20 Buah Kereta Yang Mahal Di Dunia. Bugatti Chiron ini juga seperti abangnya, memiliki segala komponen dan peralatan yang mewah. Jom tengok 

Harga Yang Mencecah 2.6 Juta USD

Pertama kali dimunculkan pada pameran Geneva Motor Show, harganya dikatakan bernilai 2.6 juta USD. Nampaknya kereta ini tidak mahu ketinggalan di belakang abangnya.

Dinamakan Sempena Nama Seorang Legenda, Louis Alexandre Chiron

Louis Alexandre Chiron merupakan seorang pelumba kereta legenda. Anak kelahiran Monaco ini dilahirkan pada 3 Ogos, 1899. Beliau melibatkan diri dalam perlumbaan kereta bermula pada tahun 1926 dan menjadi johan Grand Prix Monaco pada tahun 1931, menjadikan beliau satu-satunya anak kelahiran Monaco yang menjadi juara di tempat sendiri. Chiron juga merupakan seorang pelumba kereta yang paling tua dalam sejarah Formula 1, di mana beliau menduduki tempat ke-6 di perlumbaan Monaco Grand Prix pada tahun 1955, sewaktu beliau berusia 55 tahun.

Dikuasakan Oleh Enjin Dengan 4 Penjana Turbo

Seperti model-model kereta Bugatti yang lain, kereta mewah dan berkuasa tinggi ini dilengkapi dengan enjin dan 4 buah penjana turbo. Ia dikatakan mampu menghasilkan kuasa tork(torque) sehingga 6000 rpm dan 1500 bhp. Kereta ini mampu memacu kelajuan dari 0-100 km sejam (62 batu sejam)dalam masa kurang dari 2.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum 420 km sejam( 261 batu sejam). Itu pun setelah disekat kelajuannya menggunakan sebuah alat elektronik, atas faktor keselamatan. Kalau tidak, kelajuannya dikatakan mampu mencecah 500 km sejam(310 batu sejam).

Tangki Minyak Berkapasiti 100 Liter

Memang menjadi adat untuk setiap kereta sport memiliki tangki minyak yang besar. Ini kerana lebih banyak bahan bakar diperlukan apabila kereta-kereta ini mula memecut pada tahap kelajuan yang tinggi. Kereta Bugatti Chiron ini dikatakan mengguna sepenuhnya minyak di dalam tangki hanya dalam beberapa minit selepas ia memecut pada kelajuan maksimum.

Kereta Bugatti Chiron ini dijangka berada di pasaran sekitar penghujung tahun ini ataupun selewatnya awal tahun 2017.

Ringkasan:

Jenama: Bugatti

Model: Bugatti Chiron

Pereka bentuk: Achim Anscheidt

Pengeluar: Bugatti Automobiles S.A.S.

Tahun: 2016- (Terhad kepada 500 unit)

Kelas: Kereta Sport

Jenis badan: Coupé 2 pintu

Enjin: 8.0 L (488 cu in) W16 quad- turbocharged, 1,500 PS (1,103 kW; 1,479 bhp)

Transmisi: Automatik 7 kelajuan

Berat: 4400 paun (1,995.8 kg)

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen