Senarai 15 Buah Rumah Selebriti Yang Termahal Di Dunia

Senarai 15 Buah Rumah Selebriti Yang Termahal Di Dunia

 

Artis atau selebriti memang selalunya dikaitkan dengan kemewahan seperti kereta mewah dan rumah besar. Tambahan lagi jika artis-artis ini adalah artis Hollywood. Rumah-rumah mereka yang kebanyakannya terletak di dalam kawasan bandar Los Angeles, California ini sering menjadi tumpuan orang ramai. Jom tengok 

  1. Adele’s Beverly Hills Family Home (9.5 Juta USD)

Adele’s Beverly Hills Family Home
Kredit: Douglas Elliman Real Estate

Rumah besar dengan keluasan 6600 kaki persegi ini ialah milik seorang penyanyi terkenal, Adele. Penyanyi kelahiran England ini membeli rumah besar di Beverly Hills pada harga 9.5 juta USD. Dikhabarkan bahawa rumah Adele ini berjiran dengan beberapa rakan artis Amerika terkenal seperti Ashton Kutcher, Mila Kunis, Cameron Diaz dan juga Jennifer Lawrence.

 

  1. Ozzy Osbourne’s Hidden Hills Mansion (10 Juta USD)

Ozzy Osbourne’s Hidden Hills Mansion
Kredit: TMZ.com

Rumah besar berharga 10 juta USD dengan tanah berkeluasan 2.5 ekar ini, merupakan milik kepada seorang bintang rock terkenal, Ozzy Osbourne. Ozzy merupakan seorang bintang rock yang kaya dengan nilai pendapatan bersih 220 juta USD dan menduduki tempat ke 19 dalam artikel kami siarkan sebelum ini, (Senarai Bintang Rock Yang Terkaya Dalam Dunia).

 

  1. Taylor Swift’s Rhode Island Whopper (17.7 Juta USD)

Taylor Swift’s Rhode Island Whopper
Kredit: trending.report

Dikhabarkan bahawa penyanyi wanita terkenal Taylor Swift membeli rumah mewah yang terletak di Rhode Island ini secara tunai. Dengan pendapatannya sebagai penyanyi muzik Country yang terkenal, memang tidak mustahil beliau mampu memiliki rumah yang besar dengan tanah berkeluasan 5 ekar ini. Beberapa selebriti terkenal seperti Katie Holmes dan Oprah Winfrey juga turut dikatakan mempunyai rumah di kawasan elit ini.

 

  1. Will Smith’s Calabasas Castle (20 Juta USD)

will-smiths-house
Kredit: urbansplatter.com

Rumah besar berkeluasan 25 ribu kaki persegi yang boleh dipanggil istana ini ialah milik kepada Will Smith serta isteri dan juga anak-anaknya. Reka bentuk rumah ini bercirikan seni bina dari Maghribi, Iran, dan juga Mediterranean. Terdapat beberapa kemudahan di rumah besar ini seperti gelanggang tenis, bola keranjang, kolam renang, tasik, kandang kuda, dan juga gimnasium.

 

  1. Kim & Kanye’s Hidden Hills Mansion (20 Juta USD)

Kim & Kanye’s Hidden Hills project
Kredit: Splash News

Pemilik asal kepada rumah besar ini ialah Lisa Marie Presley, iaitu seorang penyanyi wanita dan anak kepada mendiang penyanyi terkenal Elvis Presley. Lisa menjual rumah ini kepada pasangan selebriti Kim Kardashian dan Kanye West pada tahun 2014. Pasangan ini dikatakan mahu mencari sebuah kawasan yang luas untuk mereka dan mendapati rumah ini menepati ciri yang mereka kehendaki.

 

  1. Arnold Schwarzenegger’s Brentwood Compound (23 Juta USD)

Arnold Schwarzenegger’s Brentwood Compound
Kredit: zimbio.com

Arnold Schwarzenegger membeli rumah besar ini tidak lama selepas beliau bercerai dengan isterinya, Maria Shriver. Pelakon, bekas ahli bina badan, dan juga bekas gabenor negeri California ini mempunyai tiga buah lagi rumah mewah yang lain, namun beliau memilih rumah ini sebagai kediamannya selepas bercerai. Brentwood merupakan sebuah kawasan di barat Los Angeles yang mahal harga hartanahnya. Ia popular dengan orang-orang lama Hollywood seperti Marilyn Monroe dan Joan Crawford.

 

  1. Jennifer Lopez’s Bel Air Estate (28 Juta USD)

Jennifer Lopez’s Bel Air Estate
Kredit: Simon Berlyn

Penyanyi dan pelakon terkenal Amerika, Jennifer Lopez atau J. Lo merupakan pemilik kepada rumah besar ini. Rumah ini dibina pada tahun 1940 oleh seorang arkitek bernama Samuel Marx. Terdapat sebuah kolam mandi buatan dan beberapa bilik mewah dengan gabungan warna moden dan gaya klasik. Selain itu, halaman rumah ini turut dilengkapi dengan sebuah stadium terbuka(Amphitheatre).

 

  1. Christie Brinkley’s Long Island Mansion (30 Juta USD)

Christie Brinkley’s Long Island Mansion
Kredit: Douglas Elliman Real Estate

Rumah besar dan mewah ini merupakan milik kepada bekas peragawati dan pelakon yang bernama Christie Brinkley. Rumah mewah ini merupakan sebuah rumah lama yang berusia lebih dari 100 tahun. Dikhabarkan bahawa Christie melakukan sendiri pengubahsuaian dalaman rumah ini. Bahkan dikatakan beliau mempunyai studio seni sendiri bagi membantu beliau melakukan kerja-kerja pengubahsuaian.

 

  1. Mark Zuckerberg’s Multiple San Francisco Homes (30 Juta USD)

Mark Zuckerberg’s Multiple San Francisco Homes
Kredit: Digital Trends.com

Pengasas laman sosial terkenal Facebook ini membeli tiga buah rumah di sekitar rumah utama beliau pada harga keseluruhan berjumlah 30 juta USD. Rumah-rumah ini dibeli bagi menambahkan ruang privasi kepadanya. Rumah utamanya pun sudah cukup besar dengan keluasan tanah 17 ribu kaki persegi dengan dilengkapi kolam mandi yang luas serta beberapa bilik tidur.

 

  1. Jerry Seinfeld’s Hamptons Retreat (40 Juta USD)

Jerry Seinfeld’s Hamptons Retreat
Kredit: cyber-breeze.com

Jerry Seinfeld membeli rumah mewah ini dari pemilik asalnya yang merupakan seorang penyanyi veteran, Billy Joel pada tahun 2000. Halaman rumah ini dilengkapi dengan sebuah gelanggang besbol dan juga kolam renang. Pada bahagian dalaman pula dilengkapi dengan beberapa bilik tidur.

 

  1. Brad and Angelina’s Italian Villa (40 Juta USD)

Brad and Angelina’s Italian Villa
Kredit: zimbio.com

Rumah besar dan mewah ini merupakan rumah yang ketiga milik pasangan selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolie. Rumah mewah yang terletak di Verona, Italy ini dibeli pada tahun 2010 sebagai rumah percutian pasangan ini. Berkeluasan 18 ribu kaki persegi, ia dilengkapi dengan dua buah kolam renang, 15 buah bilik tidur, serta sebuah pawagam.

 

  1. Hugh Hefner’s Playboy Mansion (54 Juta USD)

Hugh Hefner’s Playboy Mansion
Kredit: theagencyre.com

Rumah agam ini boleh dikatakan antara salah satu rumah mewah yang terkenal di dunia. Ia dimiliki oleh seorang pengasas kepada majalah dewasa Playboy, bernama Hugh Hefner. Rumah mewah yang terletak di Holmby Hills, Los Angeles ini dibina pada tahun 1927 dengan bercirikan reka bentuk Inggeris. Terdapat banyak kemudahan disediakan untuk pemiliknya seperti bilik arak bawah tanah, gelanggang tenis, gimnasium, dapur, bahkan juga sebuah zoo(berlesen). Dikhabarkan bahawa rumah ini ditawarkan untuk dibeli pada harga 200 juta USD. Namun pemilik baru mestilah membenarkan pemilik lamanya, Hugh tinggal sekali di rumah ini. Hugh dikatakan sayang untuk meninggalkan rumah ini setelah menetap di sana lebih kurang 40 tahun lamanya. Pelik betul orang tua ni 

 

  1. Oprah Winfrey’s Santa Barbara Mansion (85 Juta USD)

Oprah Winfrey’s Santa Barbara Mansion
Kredit: priceypads.com

Pemilik rumah agam ini, Oprah Winfrey dikatakan telah membelanjakan sejumlah wang yang sama dengan harga rumah ini(85 juta USD), bagi tujuan pengubahsuaian rumah. Dikatakan bahawa tempat berdiang (fireplace) lebih banyak daripada bilik-bilik tidur yang terdapat di dalam rumah ini. Di kawasan halaman rumah ini pula dilengkapkan lagi dengan sebuah tasik buatan manusia, kolam, dan juga kebun buah. Selain itu, rumah ini turut dilengkapi dengan sebuah rumah tetamu yang mana saiznya dikatakan lebih besar dari rumah-rumah biasa milik orang ramai di luar sana.

 

  1. Bill & Melinda Gates’ Washington Pad (123.5 Juta USD)

Bill & Melinda Gates’ Washington Pad
Kredit: © ANTHONY BOLANTE/Newscom/Reuters

Pengasas syarikat gergasi Microsoft, Bill Gates menamakan rumah agam ini dengan nama Xanadu 2.0. Rumah agam hasil sentuhan seorang arkitek bernama Peter Bohlin ini dibeli oleh Bill Gates pada tahun 1988 dengan harga 2 juta. Ia mengambila masa selama 7 tahun untuk proses pengubahsuaian. Pada bahagian dalaman rumah agam ini dilengkapi dengan sistem kawalan iklim(climate controlled), sebuah dewan untuk parti(Ballroom) dengan kapasiti 200 orang, kolam renang, dan 24 buah bilik mandi. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sebuah perpustakaan besar bersaiz 2100 kaki persegi. Di dalam perpustakaan ini terdapat sebuah manuskrip Leonardo da Vinci yang dibeli Bill Gates pada harga 30.8 juta USD, harga yang lebih mahal dari harga sebuah rumah sesetengah selebriti yang lain.

 

  1. Aaron Spelling’s Gargantuan LA Manor (150 Juta USD)

Aaron Spelling’s gargantuan LA Manor
Kredit: Atwater Village Newbie

Penerbit filem terkenal Amerika, Aaron Spelling membeli rumah agam dengan berkeluasan 56 ribu kaki persegi ini pada tahun 1988. Rumah agam dengan reka bentuk Perancis yang diberi nama The Manor ini merupakan rumah yang terbesar di kawasan Los Angeles, California. Aaron mati pada tahun 2006 dan rumah ini dibeli oleh Petra Stunt, iaitu anak kepada ketua eksekutif kumpulan Formula Satu, Bernie Ecclestone.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen