Senarai 10 Buah Bandar Di Dunia Dengan Nilai Hartanah Yang Sangat Mahal

Senarai 10 Buah Bandar Di Dunia Dengan Nilai Hartanah Yang Sangat Mahal

Hartanah merupakan salah satu aset penting yang sangat bernilai bagi setiap individu. Memang beruntung bagi sesiapa yang sudah memiliki rumah ataupun tanah sendiri. Ini kerana nilai hartanah makin meningkat saban tahun dan makin menyukarkan kebanyakan individu berpendapatan rendah untuk memilikinya. Harga rumah mampu milik sekarang pun dah jadi mampu tengok jer Hari ni kami nak kongsikan kepada anda Senarai 10 Buah Bandar Di Dunia Dengan Nilai Hartanah Yang Sangat Mahal untuk dibeli. Jom tengok 

  1. Shanghai

shanghai

Dengan nilai 1 Juta USD, anda hanya mampu membeli tanah dengan keluasan 46.2 meter persegi di bandar ini.

  1. Moscow

moscow
Kredit: telegraph.co.uk

Anda boleh membayar sebanyak 1 Juta USD untuk memiliki tanah berkeluasan 43 meter persegi di bandar Moscow. Harga untuk sebuah rumah apartmen di Ostozhenka, Moscow seperti di dalam gambar ini pula bernilai sekitar 2.2 Juta USD.

  1. Paris

Paris

Anda hanya akan memperoleh tanah berkeluasan 41.7 meter persegi di bandar Paris jika anda membayar 1 Juta USD.

  1. Sydney

Sydney

Di bandar Sydney, Australia pula dengan bayaran 1 Juta USD, tanah yang mampu dimiliki adalah berkeluasan sekitar 41.2 meter persegi.

  1. New York

New York

Keluasan hartanah di bandar New York yang terkenal dengan gelaran Big Apple ini pula ialah sekitar 40.2 meter persegi untuk harga 1 Juta USD.

  1. Geneva

Geneva

Hartanah di bandar Geneva yang terletak di negara Switzerland ini pula boleh dimiliki dengan bayaran 1 Juta USD untuk aset yang berkeluasan 34.7 meter persegi.

  1. Singapura

Singapura

Ini pula bandar Singapura, iaitu jiran terdekat kita. Dengan nilai 1 Juta USD, anda akan mendapat hartanah berkeluasan 32.6 meter persegi.

  1. London

London

Hartanah di bandar London sangat tinggi nilainya. Dengan bayaran 1 Juta USD, anda hanya mampu memiliki aset yang berkeluasan sekitar 25.2 meter persegi.

  1. Hong Kong

Hong Kong

Bandar Hong Kong merupakan salah satu bandar yang padat dengan penduduk. Dengan bayaran 1 Juta USD, kita akan mendapat sebuah rumah berkeluasan 20.6 meter persegi sahaja.

  1. Monaco

Monaco

Nilai hartanah di negara kecil Monaco adalah yang paling tinggi harganya sekaligus meletakkan ia di tempat pertama dalam senarai ini. Di negara ini, bayaran 1 Juta USD hanya setara dengan tanah berkeluasan 15 meter persegi.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen