Rumah Calvin Klein Di Pantai Miami Dijual Pada Harga 16 Juta USD

Rumah Calvin Klein Di Pantai Miami Dijual Pada Harga 16 Juta USD

Calvin Klein adalah salah seorang pereka fesyen yang terkenal di dunia, terutama melalui rekaan pakaian dalamnya. Rumah beliau yang terletak di pantai Miami, Florida ini dibeli pada tahun 1999 di mana ianya diubah suai sedikit untuk menepati cita rasa peribadi Calvin. Beliau begitu merahsiakan tentang kewujudan rumahnya ini dan pernah sekali sahaja gambar rumah ini dirakam oleh syarikat majalah Vanity Fair.

Saiz rumah ini tidaklah terlalu besar. Ia berkeluasan 5800 kaki persegi ditambah dengan sedikit keluasan halaman dalaman dan luaran rumah, bahagian hadapan rumah berkepanjangan 113 kaki menghadap ke teluk, kolam infiniti(infinity pool), dan lima buah bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik mandi setiap satu.

Penjualan rumah ini diuruskan oleh ejen hartanah Douglas Elliman, yang mana sumber gambar-gambar rumah ini adalah ihsan dari mereka. Mungkin harga 16 juta USD adalah terlalu mahal bagi rumah yang kecil, namun begitu ia diambil kira dari semua aspek termasuklah rekaan dalaman dan juga usianya. Rumah ini dibina pada tahun 1929 dan bentuknya yang asal masih dikekalkan, walaupun telah berlaku sedikit pengubahsuaian dan rombakan dalaman oleh seorang pereka bernama Axel Vervoordt, sejurus selepas Calvin membeli rumah ini. Jom kita tengok apa yang ada di dalamnya.

Ringkasan:
  • Lot tanah: 0.38 ekar
  • Tahun dibina: 1929
  • Kali terakhir dijual: November 1999 pada harga 1,625,000 USD.
  • Pemilik semasa: Calvin Klein
  • Pengubahsuaian dalaman: Axel Vervoordt
  • Keluasan: 5802 kaki persegi
  • Bilik mandi: 5 buah saiz penuh, 2 buah saiz separa
  • Bilik tidur: 5 buah
  • Ciri-ciri:

Sebuah kolam inifiniti(infinity pool)

Tapak meletak kenderaan bersaiz 242 kaki persegi

  • Material: Simen konkrit
  • Unit rumah: 1 Unit
  • Tingkat: 2 Tingkat
  • Harga untuk jualan: 16 Juta USD

Rumah Calvin Klein ini dibuka penjualannya kepada sesiapa sahaja yang mahu membelinya pada harga 16 juta USD. Rumah bersaiz sederhana di pantai Miami ini memang sesuai kepada individu yang mahukan ketenangan sambil menikmati hembusan angin laut.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen