Senarai 5 Buah Pasu Antik Yang Termahal Di Dunia

Senarai 5 Buah Pasu Antik Yang Termahal Di Dunia

Kesemua pasu antik yang termahal di dunia ini berasal dari dinasti-dinasti China purba. Harganya memang mahal gila! Jom tengok 

 

  1. Christie’s Ming Vase (10 Juta USD)

Christie’s Ming Vase
Sumber: chinadaily.com.cn

Pasu antik ini berusia lebih kurang 600 tahun dan berasal dari dinasti Ming. Ia dijual pada harga 614 ribu USD pada tahun 1984. Namun pada tahun 30 Mei 2006, harga pasu antik ini yang di lelong di pusat lelongan Christie’s di Hong Kong meningkat berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding sebelumnya. Pasu antik ini dibeli oleh Steve Wynn yang berasal dari Las Vegas pada nilai 10.122.558 juta USD, menjadikan ia salah satu pasu antik yang termahal di dunia.

 

  1. Qing Dynasty Vase (18 Juta USD)

Qing Dynasty Vase
Sumber: blog.thefineartblog.com

Seperti namanya, pasu antik ini berasal dari dinasti Qing pada awal abad ke 20. Ia dihiasi dengan corak bunga-bungaan dan burung. Pada asalnya, pasu ini dijangka terjual pada harga 800- 1200 USD. Tetapi seseorang yang tidak dikenali telah membida dan membeli pasu ini pada harga 18 juta USD di pusat lelongan Sotheby’s di New York.

 

  1. Ming Dynasty Vase (22.6 Juta USD)

Ming Dynasty Vase
Sumber: allartnews.com

Harga asal pasu antik dari dinasti Ming ini pada mulanya dianggarkan bernilai kira-kira 10.7 juta USD. Namun pasu antik bercorak bunga-bungaan biru ini berjaya dijual pada harga 22.6 juta USD. Pasu antik dari kurun ke 15 ini terjual di pusat lelongan Sotheby’s di Hong Kong.

 

  1. Qianlong ‘Wanshou Lianyan’ Vase (35 Juta USD)

Qianlong ‘Wanshou Lianyan’ Vase
Sumber: chinawhisper.com

Pasu antik ini ialah kepunyaan seorang maharaja China yang bernama Qianlong (25 September, 1711 – 7 Februari, 1799). Beliau merupakan maharaja ke 6 yang menerajui dinasti Qing, dan juga maharaja dinasti Qing ke 4 yang memerintah seluruh negara China. Pasu antik milik beliau ini dilelong pada harga 35 juta USD oleh pusat lelongan Sotheby’s di Hong Kong.

 

  1. Pinner Qing Dynasty Vase (83 Juta USD)

Pinner Qing Dynasty Vase
Sumber: paulfrasercollectibles.com

Pasu antik dinasti Qing ini dinobatkan sebagai pasu antik yang termahal di dunia. Ia dihiasi dengan corak bunga-bungaan serta ikan dan dibuat khas untuk maharaja Qianlong. Pasu antik yang menarik ini dilelong di England pada tahun 2010 dan harga bidanya melonjak 50 kali lebih tinggi dari harga asal yang disasarkan.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen