Senarai 10 Buah Sofa Antara Yang Termahal Di Dunia

Senarai 10 Buah Sofa Antara Yang Termahal Di Dunia

 

Sebuah rumah yang mempunyai ruang tamu memang terasa tidak lengkap jika tiada sofa. Sofa memberikan keselesaan bukan sahaja pada tuan rumah tetapi juga kepada para tetamu yang datang. Sofa dengan mudah boleh didapati dari kedai-kedai perabot yang berdekatan dengan anda pada harga yang berpatutan.

Bagi golongan orang yang kaya dan berkemampuan pula, mereka akan memilih sofa-sofa yang lebih mahal, berkualiti, dan unik. Pada kali ini, kami akan berkongsi dengan anda Senarai 10 Buah Sofa Antara Yang Termahal Di Dunia. Bermula dari tangga ke sepuluh. Selamat membaca 🙂

 

  1. Aston Martin DB6 Couch (7300 USD)

Aston Martin DB6 Couch

Sofa ini dibuat menggunakan kembali dua buah kerusi penumpang bahagian belakang model kereta D86 keluaran Aston Martin pada tahun 1965. Sofa ini kemudian diubah posisinya ke bahagian belakang but kereta ini. Sofa rekaan Aston Martin Heritage Designs ini dibalut menggunakan kulit haiwan dan diwarnakan dengan warna merah. Bahagian lampu belakang dan nombor plat pula telah ditutup dan digantikan dengan logo jenama kereta Aston Martin. Bagi para peminat kereta Aston Martin, sofa ini merupakan satu hasil seni yang sangat menarik, unik, cantik dan menawan.

 

  1. Padma’s Plantation Loft Sectional (8200 USD)

Padma’s Plantation Loft Sectional

Susunan sofa ini berbentuk seperti huruf C memang luas dan sesuai untuk duduk melepak dan bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan. Kerangkanya dibuat menggunakan gentian dari pokok pisang Abaka (Abaca). Kusyennya pula diperbuat daripada fabrik berwarna putih.

 

  1. VIG Crocodile Leather Sectional Sofa (8500 USD)

VIG Crocodile Leather Sectional Sofa

Syarikat perabot VIG membuat sofa ini menggunakan kulit buaya yang diwarnakan dengan warna kuning air (Beige). Kulit buaya memang sudah dikenali kerana tahan lasak berbanding penggunaan kulit-kulit yang lain. Kerangka sofa yang berbentuk huruf L ini pula diperbuat menggunakan kayu yang berkualiti (Hardwood).

 

  1. Fabio Leather Cinema Sofa (9 Ribu USD)

Fabio Leather Cinema Sofa

Seperti namanya, sofa ini lebih sesuai ditempatkan di ruang menonton atau pawagam mini di dalam rumah. Sofa berbentuk huruf L keluaran syarikat Fabio ini juga disediakan dengan tempat meletak speaker bagi menambah keseronokan menonton wayang. Selain itu, kerusi ini juga dilengkapi dengan dua biji bantal dan juga pelapik elektrik yang boleh dilaraskan bagi merehatkan dan memberi keselesaan kepada kaki penggunanya. Sofa kulit yang berwarna putih ini juga tersedia dengan peti sejuk untuk minuman.

 

  1. The Eames Sofa (9800 USD)

The Eames Sofa

Sofa klasik tiga tempat duduk ini dicipta oleh dua pereka terkenal, Charles dan Ray Eames pada tahun 1978. Selepas kematian mereka, sofa ini menjadi terkenal dan masih dipasarkan serta dikilangkan oleh Herman Miller, sebuah syarikat perabot yang terkenal dari Michigan, Amerika Syarikat. Tempat duduk dan tempat rehat tangan sofa ini dibaluti dengan kulit. Manakala kaki sofa pula diperbuat daripada logam aluminium.

 

  1. Poltrona Frau Kennedee Curved Sofa (21200 USD)

Poltrona Frau Kennedee Curved Sofa

Sofa empat tempat duduk yang bentuknya sedikit melengkung seperti bumerang ini direka pada tahun 2006 oleh seorang pereka terkenal, Jean-Marie Massaud. Rekaan sofa ini adalah inspirasi dari era Kennedy. Keluarga Kennedy yang pernah mentadbir Amerika pada satu masa dahulu merupakan keluarga yang mementingkan cita rasa, elegan, keselesaan serta bergaya.

Kaki sofa ini diperbuat dari jenis logam yang digunakan dalam penghasilan senjata api (gunmetal). Sofa ini dibaluti dengan kulit berkualiti tinggi dan dijahit dengan benang yang terbaik menggunakan tangan.

 

  1. Michael Jackson’s Sofa (73 Ribu USD)

Michael Jackson’s Sofa

Mendiang Michael Jackson membeli sofa ini yang ditempah khas mengikut cita rasanya dan ditempatkan di kediaman beliau di Kent, England. Selepas kematian beliau, sofa ini dipamerkan di beberapa tempat seperti Planet Hollywood Resort dan kasino di Las Vegas.

Kerangka sofa yang diperbuat daripada kayu di bahagian bawah dan kepala ini dikemaskan dengan salutan emas 24 Karat. Tempat duduk dan sandaran pula dibaluti dengan baldu berwarna merah gelap.

 

  1. Plume Blanche Diamond Encrusted Sofa (184 Ribu USD)

Plume Blanche Diamond Encrusted Sofa

Model sofa keluaran Plume Blanche ini merupakan edisi terhad dan dihasilkan sebanyak 50 unit sahaja. Ia diperbuat daripada kulit dan dikemaskan dengan gilapan lakuer (lacquer). Kerangkanya pula dibuat daripada kayu meranti (mahogany). Untuk menambahkan kemewahannya, beberapa butiran berlian yang diukir logo syarikat ini disemat pada badan sofa ini.

 

  1. Onyx Sofa By Peugeot (185 Ribu USD)

Onyx Sofa By Peugeot

Sofa ini merupakan rekaan konsep yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar kereta Peugeot di bawah makmalnya, Peugeot Design Lab dengan kerjasama seorang pereka, Pierre Gimbergues. Material yang digunakan bagi pembuatan sofa ini terdiri daripada gentian karbon dari kereta konsep Onyx dan juga sejenis batu dari lava gunung berapi.

 

  1. Ron Arad Stainless Steel Sofa (300 Ribu USD)

Ron Arad Stainless Steel Sofa

Sofa yang diperbuat daripada logam tahan karat (stainless steel) ini direka oleh seorang arkitek bernama Ron Arad. Sofa yang bentuknya seperti huruf W ini pernah dipamerkan di muzium seni moden yang terletak di bandar New York, Amerika Syarikat pada tahun 2009.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen