Senarai 10 Buah Katil Yang Termahal Di Dunia

Senarai 10 Buah Katil Yang Termahal Di Dunia

Setiap rumah mesti mempunyai katil kan? Katil yang besar dengan tilam yang empuk memberikan keselesaan untuk  kita tidur. Kalau tiada katil mesti kita rasa kekurangan di dalam bilik tidur. Katil boleh dibeli pada harga yang murah. Kalau katil besi, harganya hanya dari puluhan ringgit sahaja. Tapi kalau mampu, kita boleh beli katil kayu yang harganya lebih mahal sedikit. Untuk orang-orang kaya pula, mereka tentulah memilih katil yang lebih berkualiti dari segi material dan juga saiz. Jadi untuk kali ini, kami sediakan untuk anda Senarai 10 Buah Katil Yang Termahal Di Dunia yang harganya memang mahal macam harga sebuah kereta. Hanya orang kaya sahaja yang mampu memiliki katil-katil seperti ini. Jom baca 

  1. Sphere Bed (50 Ribu USD)

Sphere Bed

Katil yang diberi nama Sphere Bed ini direka oleh seorang pereka warganegara Kanada-Amerika, Karim Rashid. Katil ini dilengkapi dengan sebuah set TV, pemegang Champagne, lampu LED, dan juga cermin. Katil ini memang mampu menjimatkan ruang bilik pemiliknya. Ia didatangkan dengan beberapa pilihan warna serta boleh disesuaikan mengikut cita rasa dan pilihan pelanggan.

 

  1. Starry Night Sleep Technology Bed (50 Ribu USD)

Starry Night Sleep Technology Bed

Katil yang mahal ini direka untuk mengurangkan masalah dengkuran pemiliknya. Ia didatangkan dengan slot untuk iPod, sambungan internet, dan juga pelaras suhu. Selain itu, katil ini juga dilengkapi dengan projektor video yang dipasang pada bahagian atas katil, membolehkan pengguna menonton video dan TV.

 

  1. Monarch Vi-spring Bed (50 Ribu USD)

Monarch Vi-spring Bed

Katil ini diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi sesuai dengan namanya. Tilamnya dilengkapi dengan 3 ribu spring, memang lembut seperti kusyen dan memberikan keselesaan kepada penggunanya. Tilamnya juga menggunakan fabrik yang berkualiti jahitan tangan.

 

  1. Cosmovoide Bed (60 Ribu USD)

Cosmovoide Bed

Memang unik dan menarik bentuk katil yang diberi nama Cosmovoide Bed ini. Dengan harga 60 ribu USD, ia dilengkapi dengan beberapa peralatan teknologi seperti telefon, pemain DVD, set teater rumah serta sebuah TV. Memang menjimatkan ruang, sesuai untuk bilik-bilik tidur yang bersaiz kecil.

 

  1. Majesty Vi-spring Bed (84,425 USD)

Majesty Vi-spring Bed

Seperti katil di tangga ke-8 dalam artikel ini, katil mewah bernama Majesty Vi ini dilengkapi dengan tilam empuk yang disokong dengan 6 ribu spring, memberikan keselesaan yang maksimum kepada penggunanya. Material yang digunakan dalam pembuatan tilam ini adalah dari kapas dan sutera. Selain itu, katil berserta tilam yang empuk hasil buatan tangan Jab Anstoetz ini juga mempunyai beberapa lapisan emas dan perak di dalam rekaannya.

 

  1. Quantum Sleeper Bed (160 Ribu USD)

Quantum Sleeper Bed

Katil ini memang sesuai untuk sesiapa yang terlebih risaukan keselamatannya(paranoid). Katil ini terbina dengan beberapa ciri keselamatan untuk melindungi penggunanya. Antara ciri keselamatan yang terdapat pada katil ini ialah sistem pengunci, sistem tetapan penceroboh, dan sistem pengesan pergerakan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tandas, sistem pengudaraan, dan juga sistem pengesan aras oksigen.

 

  1. Parnian Furniture Bed (210 Ribu USD)

Parnian Furniture Bed

Katil mewah dan unik ukiran tangan Abdolhay Parnian ini dihasilkan daripada kayu, emas, dan keluli tahan karat(stainless steel). Ia didatangkan dengan beberapa ciri seperti TV berputar(Swivel TV), bekas untuk iPod, dan juga beberapa kompartmen rahsia. Katil ini mengambil masa selama hampir setahun untuk disiapkan.

 

  1. Jado Steel Style Gold Bed (676,550 USD)

Jado Steel Style Gold Bed

Material yang digunakan di dalam pembuatan katil mewah ini ialah salutan emas 24 Karat dan kristal Swarovski. Syarikat Swarovski ini juga menjual anak patung beruang yang mana pernah kami siarkan artikelnya sebelum ini: Senarai Patung Teddy Bear Yang Termahal Di Dunia. Katil mewah ini dilengkapi dengan sambungan internet, konsol permainan Playstation, pemain DVD dengan sistem bunyi Bose, pemain Blu-Ray, dan juga TV plasma bersalut emas.

 

  1. Magnetic Floating Bed (1.6 Juta USD)

Magnetic Floating Bed

Memang seronok kalau boleh terapung di udara. Katil mewah di tempat kedua ini dilengkapi dengan magnet seberat 680 kilogram yang membantu mengapungkan katil ini. Setiap penjuru katil ini diikat dengan wayar yang kuat, membantu mengekalkan kedudukan katil ini. Katil yang terapung dengan ketinggian 40 cm dari lantai ini, mampu menampung keseluruhan berat 900 kilogram. Perekanya ialah seorang arkitek dari Belanda bernama Janjaap Ruijssenaars. Beliau bekerjasama dengan syarikat Bakker Magnetics bagi pembangunan katil ini, yang mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan.

 

  1. Baldacchino Supreme Bed (6.3 Juta USD)

Baldacchino Supreme Bed

Katil mewah berharga 6.3 juta USD ini dibuat dari kayu berkualiti tinggi dan emas tulen 24 Karat yang beratnya lebih dari 90 kilogram. Ia direka oleh seorang pereka terkenal bernama Stuart Hughes. Pereka ini memang terkenal di dalam rekaan barangan mewah. Kami pernah siarkan beberapa artikel sebelum ini di mana ada ditulis tentang pereka ini seperti (Senarai Kapal Layar Termahal di Dunia, Telefon Pintar iPhone Yang Termahal di Dunia, Senarai 10 Buah Televisyen Yang Mahal di Dunia, dan Konsol Permainan Video Yang Termahal Di Dunia).

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen