Senarai 10 Buah Pemanggang BBQ Yang Termahal Di Dunia

Senarai 10 Buah Pemanggang BBQ Yang Termahal Di Dunia

 

Memanggang daging lembu, ayam, kambing dan lain-lain memang seronok, apatah lagi bila bersama keluarga dan rakan-rakan. Selalunya aktiviti ini dilakukan pada masa cuti ataupun untuk menyambut sebarang perayaan. Macam-macam jenis alat pemanggang boleh digunakan untuk memanggang makanan kita. Bagi admin pula, adalah lebih seronok  jika menggunakan alat pemanggang buatan sendiri. Hanya perlu cari dawai untuk mengalas bahan yang hendak dipanggang, batu bata sebagai kaki, sabut kelapa, dan juga sedikit arang  Tetapi bagi yang malas nak buat sendiri, boleh saja membeli alat pemanggang yang dijual di kedai.

Namun apa yang kami nak kongsikan kepada anda kali ini ialah Senarai 10 Buah Pemanggang BBQ Yang Termahal Di Dunia. Harganya memang mahal dan tak mampu dibeli oleh kebanyakan orang. Harganya bermula dari harga sebuah motosikal sehingga ke harga sebuah rumah. Jom tengok 

 

  1. Weber Ranch Kettle (1150 USD)

 Weber Ranch Kettle

Pemanggang yang diberi nama Ranch Kettle keluaran syarikat Weber ini mempunyai keluasan 1104 inci persegi. Ia mempunyai ukuran lebar 37.75 inci, berketinggian 42 inci, dan kedalaman 44.75 inci. Materialnya yang digunakan dalam pembuatannya ialah porselin (Porcelain-enameled) dan juga keluli tahan karat.

 

  1. Backwoods Competitor (3 Ribu USD)

 Backwoods Competitor

Pemanggang BBQ ini pada mulanya dicipta untuk tujuan pertandingan. Kini ianya boleh dibeli oleh orang ramai. Ia boleh memanggang setengah dozen ayam Belanda ataupun 32 potongan tulang rusuk pada satu-satu masa.

 

  1. Capital Precision Series 40” (4 Ribu USD)

 Capital Precision Series 40”

Pemanggang BBQ yang mahal ini dilengkapi dengan alat pembakar dwi yang berbentuk seperti huruf W. Selain itu ia juga mempunyai pembakar kedua (sear burner) dan pemutar panggang (Rotisserie System). Memang berbaloi dengan harganya.

 

  1. Alfresco LX2 42” (5 Ribu USD)

 Alfresco LX2 42”

Fungsi dan ciri-cirinya seperti pemanggang di tangga ke-8. Namun apa yang membuatkan harganya lebih mahal seribu Dolar? Ini kerana pemanggang ini mempunyai sistem pemanas yang lebih pantas, membantu penggunanya memanggang dengan kadar yang segera.

 

  1. Artisan Outdoor Pizza Oven (6500 USD)

 Artisan Outdoor Pizza Oven

Dengan pemanggang ini, pengguna tidak perlu lagi menempah piza di luar. Sistem pra pemanasnya hanya mengambil masa selama 45 minit untuk dipanaskan. Piza pula boleh dimakan selepas dimasak kurang daripada 3 minit. Selain dari piza, pemanggang ini juga boleh digunakan untuk memanggang daging, roti, dan juga sayuran.

 

  1. Twin Eagles Pinnacle Series (7 Ribu USD)

 Twin Eagles Pinnacle Series

Pemanggang BBQ di tempat ke-4 ini diperbuat dari keluli tahan karat. Ia menggunakan mampatan batu seramik (Ceramic Briquettes) bersuhu tinggi yang berperanan untuk pengedaran haba dan pembakar gris.

 

  1. Fire Magic Diamond Series Echelon (12 Ribu USD)

 Fire Magic Diamond Series Echelon

Pemanggang BBQ berharga 12 ribu USD ini ialah keluaran syarikat Fire Magic. Pemanggang bersaiz 1056 inci persegi yang diperbuat dari keluli tahan karat ini mampu memasak 36 keping burger dalam satu-satu masa. Ia juga dilengkapi dengan pemutar panggang (Rotisserie Burner). Pemanggang BBQ ini merupakan salah satu pemanggang terbesar yang pernah dibuat oleh Fire Magic.

 

  1. Kalamazoo K1000 Hybrid Fire Grill (19 Ribu USD)

 Kalamazoo K1000 Hybrid Fire Grill

Pemanggang hibrid ini boleh membolehkan penggunanya menggunakan bahan bakar seperti kayu dan arang untuk proses memanggang. Ia dilengkapi dengan sistem pemutar panggang (Rotisserie system) dengan dua pembakar inframerah. Pemanggang BBQ yang diperbuat daripada keluli tahan karat ini dicipta di daerah Kalamazoo, Michigan, Amerika.

 

  1. Cal Spa Outdoor Super Sports Cabana (35 Ribu USD)

 Cal Spa Outdoor Super Sports Cabana

Bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan memang seronok, dengan menikmati hidangan kambing atau ayam bakar sambil menonton tayangan TV. TV? Ya betul. Pemanggang ini didatangkan sekali dengan 3 buah peti TV berskrin 20 inci. Selain itu, pemanggang ini dilengkapi dengan 5 buah gril pembakar, peti sejuk, bar, dan juga sistem stereo.

 

  1. Beefeater Gold-Plated Barbeque Grill (164 Ribu USD)

 Beefeater Gold-Plated Barbeque Grill

Pemanggang BBQ di tempat pertama Senarai 10 Buah Pemanggang BBQ Yang Termahal Di Dunia ini dibina oleh sebuah syarikat pencipta pemanggang dari Australia, Beefeater. Pada mulanya, harga pemanggang ini hanyalah di sekitar 60 ribu USD dan ia dibuat sempena pameran Sidney Home Show pada tahun 2008. Pemanggang buatan tangan ini disaluti dengan emas kuning 24 Karat pada keseluruhannya, kecuali pada bahagian permukaan pembakar.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen