Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

 

Minuman kopi memang sudah tidak asing lagi di negara kita mahupun di seluruh dunia. Minuman ini memang mudah didapati di mana-mana sahaja, baik dari warung mamak hingga ke restoran bertaraf lima bintang. Para peminum kopi pula terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur.

Bagi peminat-peminat tegar kopi, memang tidak sah kalau tiada mesin pembuat kopi sendiri di rumah. Memiliki sendiri mesin pembuat kopi memudahkan kita untuk membuat kopi sendiri dan kita boleh memilih sendiri jenis-jenis kopi kegemaran masing-masing.

Harga mesin pembuat kopi pula bergantung kepada spesifikasinya. Harganya bermula dari ratusan hingga ke ribuan ringgit. Namun ada juga mesin pembuat kopi yang harganya memang mahal mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit! Mesin-mesin pembuat kopi ini mahal disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya ialah material yang digunakan untuk pembuatan mesin, keupayaan mesin beroperasi, dan juga teknologi serta ciri-ciri tertentu yang terdapat pada mesin pembuat kopi ini.

Di bawah ini kami sediakan untuk anda secara rawak Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia. Mesin-mesin pembuat kopi yang mahal ini mungkin lebih sesuai digunakan oleh kedai-kedai kopi ataupun restoran. Kalau setakat di rumah, anda boleh gunakan mesin pembuat kopi yang murah sahaja. Selamat membaca 🙂

 

  1. The Blossom One (11111 USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

Mesin pembuat kopi yang berharga lebih kurang 11 ribu USD ini dikatakan direka oleh beberapa orang dari syarikat-syarikat besar seperti NASA, Apple, dan juga Tesla. Mereka ini diupah oleh syarikat pembuat mesin pemproses kopi Blossom dari San Francisco, Amerika.

Mesin pembuat kopi ini terbina dengan sistem Wi-Fi bagi memudahkan proses memuat turun resipi-resipi kopi. Selain itu, mesin ini juga dilengkapi dengan kamera beresolusi 1.3 megapiksel bagi memudahkan para pelayan bar (barista) mengimbas kod QR pada bungkusan kopi.

Material yang digunakan di dalam pembuatan mesin pembuat kopi ini ialah jenis keluli tahan karat (stainless steel). Mesin ini beroperasi secara kombinasi manual dan juga automatik.

 

  1. The Bunn Tiger XL Super-Auto Espresso Machine (12 Ribu USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

Mesin pembuat kopi ini mampu menghasilkan sebanyak 180 buah cawan minuman kopi dalam masa sejam dan mampu menampung dua jenis biji kopi berlainan seberat kira-kira 4 paun (1.8 kilogram) di dalam dua buah corongnya. Mesin yang lebarnya 16 inci ini bolehlah dianggap sebagai sebuah mesin kecil tapi mampu memberikan hasil yang besar.

Mesin ini disediakan dengan bekas penyimpan dan pada masa yang sama membolehkan pelayan memantau suhu susu menggunakan sistem digital yang disediakan. Mesin pembuat kopi ini juga beroperasi secara automatik.

 

  1. The Fully Automated Astra 2000 (12500 USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

Pelbagai jenis biji kopi mampu diproses oleh mesin pembuat kopi ini. Mesin pembuat kopi ini mampu mengisar seluruh biji kopi dan mengekstrak untuk mendapatkan serbuk (java powder) kopi dalam jumlah yang tepat. Ini memberikan satu rasa yang sempurna pada hidangan secawan kopi.

 

  1. Nuova Simonelli Aurelia Semi-Auto Espresso Machine (13500 USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

Nuova Simonelli merupakan syarikat pembuat mesin pemproses kopi yang terkenal dari negara Itali. Syarikat terkenal ini telah beroperasi selama hampir 70 tahun lamanya dan memang mahir di dalam penghasilan mesin pembuat kopi. Mesin pembuat kopi pelbagai guna rekaan mereka ini mampu menampung sebanyak 17 liter air untuk sekali rebusan.

 

  1. Concordia Integra (14950 USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

Mesin pembuat kopi Concordia Integra ini merupakan salah satu mesin pembuat kopi yang pertama beroperasi secara automatik. Ia didatangkan dengan buku panduan bagi memudahkan pengguna mengendali segala proses pembuatan minuman kopi. Mesin ini bukan sahaja digunakan untuk menghasilkan minuman kopi, sebaliknya ia boleh digunakan bagi menghasilkan segala minuman seperti coklat panas, teh ais, dan minuman sejuk yang lain.

Mesin pembuat kopi serba guna ini digunakan di kebanyakan hotel-hotel besar dan majlis-majlis besar.

 

  1. Franke Evolution 1 Step (18 Ribu USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

Mesin pembuat kopi ini dibuat oleh syarikat pembuat mesin penghasil kopi dari negara Switzerland, Franke. Mesin pembuat kopi automatik ini mampu menghasilkan minuman kopi espresso sebanyak 90 cawan dalam masa sejam. Terdapat 6 butang pilihan yang boleh dipilih oleh pengguna seperti mengawal tahap air yang hendak digunakan di dalam proses penghasilan kopi, jumlah kopi yang hendak dikisar, dan tahap mengukus.

 

  1. The Elegant Elektra Belle Epoque Coffee Machine (18200 USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

Bentuknya seperti mesin pembuat kopi tradisional dan antik. Terdapat dua pilihan bagi model ini iaitu kerangka yang diperbuat daripada tembaga dan juga perak. Pada bahagian atas penutupnya yang berbentuk kubah dihiasi dengan patung seekor helang bagi menambahkan keunikannya.

Terdapat dua buah tetingkap kecil pada bahagian atas mesin ini untuk meletakkan cawan kopi bagi tujuan pemanasan. Selain itu, terdapat satu cermin bulat kecil pada bahagian badan mesin ini bagi menunjukkan tahap sukatan air di dalam bekas penjerang airnya dan bekas penjerang air ini mampu menampung sebanyak 12.5 liter air. Mesin pembuat kopi ini juga disediakan dengan 6 butang pilihan yang memiliki tugasan seperti mengawal sukatan air untuk kopi yang dikisar. Berat keseluruhan mesin pembuat kopi ini dianggarkan kira-kira 158 paun (71.6 kilogram).

 

  1. The Rancilio Classe 10 (18500 USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia

Rancilio merupakan syarikat pembuat mesin kopi espresso dari negara Itali dan telah beroperasi semenjak tahun 1927. Model mesin pembuat kopi keluaran mereka ini dilengkapi dengan teknologi canggih,Rancilio USB di mana terdapat sebuah perisian di dalamnya yang bertindak mengawal keseluruhan proses kerja mesin. Selain itu ia juga didatangkan dengan sistem elektrik pemanas cawan yang boleh dilaraskan suhunya melalui teknologi Rancilio USB. Bekas penjerang air mesin pembuat kopi ini pula mampu menampung sebanyak 16 liter air.

 

  1. The Siphon Bar (20 Ribu USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia
Foto Kredit: Wally Gobetz

Yang ini bukanlah sebuah mesin, tetapi lebih kepada balang pemanas dan pembuat kopi istimewa yang digunakan oleh 2 cawangan kedai Blue Bottle Café di bandar New York dan San Francisco di Amerika. Teknik yang digunakan memang unik. Cahaya halogen digunakan untuk menghasilkan haba pemanas ke glob kaca yang diisi dengan sedikit air. Di atas glob kaca tersebut diletakkan balang kopi untuk dipanaskan. Kopi ini pula dikacau menggunakan dayung buluh khas. Memang menarik dari segi harga dan tekniknya.

 

  1. Javabot @ The Roasting Plant (1 Juta USD)

Senarai 10 Buah Mesin Pembuat Kopi Yang Mahal Di Dunia
Foto Kredit: For Inspiration Only

Mesin yang diberi nama Javabot ini boleh ditemui di beberapa cawangan kedai kopi The Roasting Plant di lokasi sekitar Detroit dan New York, Amerika Syarikat. Terdapat pelbagai jenis biji kopi segar yang diletakkan di dalam beberapa balang yang boleh dipilih oleh para pelanggan. Mesin pembuat kopi yang unik ini akan melakukan segala proses bermula dari memanggang biji kopi, mengisar, dan menjerang serbuk kopi apabila menerima pesanan dari pelanggan. Minuman kopi yang dibuat dari mesin ini dikhabarkan sangat lazat dan gebu, di mana menjadi kegemaran orang di sana.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen