Peralatan Meja Makan Perak Yang Termahal Di Dunia

Peralatan Meja Makan Perak Yang Termahal Di Dunia

Peralatan meja makan seperti pinggan mangkuk, garpu, sudu dan sebagainya merupakan peralatan seharian yang penting bila kita hendak makan. Harga peralatan ini pula bergantung kepada saiz, jenis, dan kualitinya. Dan secara ringkasnya, kebanyakan orang mampu membeli peralatan ini. Namun ada juga peralatan meja makan yang mahal gila dan tak mampu dibeli oleh orang ramai. Berapa harganya? Jom kita tengok 

 

Hitler and Eva Braun’s Silverware Cutlery Set (17 Ribu USD)

Hitler and Eva Braun’s Silverware Cutlery Set

Set pinggan perak ini merupakan kepunyaan mendiang Adolf Hitler bersama isterinya, Eva Braun. Ia ditemui setelah hampir 70 tahun menghilang. Set pinggan ini dipercayai digunakan oleh Hitler dan isterinya untuk makan semasa mereka berundur dan bersembunyi di bukit yang diberi nama Eagle’s Nest (Kehlsteinhaus). Terdapat ukiran nama Hitler dan juga isterinya pada set pinggan perak ini. Ia dilelong oleh pusat lelongan terkenal Sotheby’s pada tahun 2010.

 

Antique Brandywine Silver Bowl (317 Ribu USD)

Antique Brandywine Silver Bowl

Mangkuk pengisi botol arak yang diperbuat daripada perak ini dilelong di pusat lelongan terkenal Christie’s, pada tahun 2013. Harganya pada mula dianggarkan bernilai 200 ribu USD. Mangkuk perak ini dibuat pada tahun 1690 oleh seorang pereka bernama Cornelius Vander Burch, seorang pendatang dari Belanda. Bekas ini digunakan untuk mengisi arak dan juga kismis dalam perayaan dan upacara di Belanda, sebelum dibawa ke Amerika oleh pendatang dari Belanda pada kurun ke 17 Masihi.

 

Early American Two-Handled Grace Cup and Cover (700 Ribu USD)

Early American Two-Handled Grace Cup and Cover

Cawan perak dengan dua pemegang ini dibuat oleh seorang tukang perak bernama John Coney of Boston sekitar tahun 1715. Cawan perak ini pernah dibawa mengelilingi sekitar Eropah, bertukar hak milik dengan beberapa kerabat di raja Inggeris sebelum terjual di pusat lelongan Sotheby’s pada tahun 2002. Pada awal kurun ke 20 Masihi, ia pernah ditempatkan di halaman ruang tamu Park House, rumah kepada seorang bangsawan Inggeris bernama Robert Henry Hurst.

 

Great Silver Wine Cistern of Thomas Wentworth (3.8 Juta USD)

Great Silver Wine Cistern of Thomas Wentworth

Bekas arak yang diperbuat daripada perak ini merupakan salah satu barangan perak Inggeris yang termahal pernah dijual di pusat lelongan. Ia dijual di pusat lelongan Sotheby’s pada tahun 2010. Bekas ini dibuat oleh seorang pereka bernama Philip Rollo khas untuk Thomas Wentworth , seorang pembesar dan juga duta besar bagi kerajaan Prussia di Berlin di antara tahun 1706-1711. Bekas mewah pada kurun ke 18 ini dibuat dari perak seberat 168 paun yang dibekalkan oleh permaisuri Anne (Queen Anne).

 

Antique American Punch Silver Bowl (5.9 Juta USD)

Antique American Punch Silver Bowl 

Mangkuk perak ini dibuat oleh seorang tukang perak bernama Cornelius Kierstede di antara tahun 1700-1710. Ia merupakan salah satu barangan perak termahal pernah dilelong di negara Amerika. Mangkuk perak seberat 4.4 paun ini dahulunya merupakan hak milik seorang pegawai Inggeris bernama Joshua Loring. Ia terjual di pusat lelongan  Sotheby’s pada tahun 2010.

 

George II Silver Coffee Pot (7 Juta USD)

George II Silver Coffee Pot

Teko yang diperbuat daripada perak dengan ukiran seni Rococo ini merupakan salah satu barangan perak Brtitish yang termahal pernah dijual. Teko kopi perak dengan ketinggian 10 inci ini pernah dipamerkan di Muzium Metropolitan di New York sebelum ini. Ia merupakan salah satu hasil seni dari seorang tukang perak British bernama Paul de Lamerie pada tahun 1738. Ia menjadi milik kepada seorang pedagang dan juga pengarah kepada Bank of England, Sir John Lequesne. Teko ini dilelong di pusat lelongan Christie’s pada tahun 2013.

 

Germain Soup Tureen (10 Juta USD)

Germain Soup Tureen

Mangkuk sup yang diperbuat daripada perak ini merupakan milik kepada seorang raja Perancis, King Louis XV. Ia dibuat khas untuk raja Perancis ini oleh seorang tukang perak berbakat yang bernama Thomas Germain. Dikhabarkan, mangkuk perak ini merupakan salah satu di antara barangan perak yang terselamat dari dilebur, untuk dijadikan dana yang disalurkan  kepada Revolusi Perancis(French Revolution) dan beberapa siri peperangan yang lain. Mangkuk perak ini dijual di pusat lelongan Sotheby’s di New York pada tahun 1996 pada harga 10 juta USD.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen