Senarai 10 Penyanyi Rap Yang Kaya Di Dunia

Senarai 10 Penyanyi Rap Yang Kaya Di Dunia

 

Penyanyi rap terkenal di antaranya Snoop Dog, Eminem, Lil Wayne, Dr Dre bukanlah nama yang baru di dalam arena muzik rap. Hasil pendapatan mereka di dalam industri ini memang cukup lumayan. Justeru pada kali ini, kami dedahkan kepada anda Senarai 10 Penyanyi Rap Yang Kaya Di Dunia. Bermula dari tangga kesepuluh. Selamat membaca 🙂

 

  1. Snoop Dogg (Nilai Bersih: 135 Juta USD)

Snoop Dogg

Cordozar Calvin Broadus, Jr. dilahirkan pada 20 Oktober 1971 dan terkenal dengan nama Snoop Dogg di atas pentas. Beliau memulakan kariernya sebagai penyanyi rap pada tahun 1992. Selama 20 tahun lebih pembabitannya dalam bidang ini, beliau berjaya menjual albumnya sebanyak 21 juta unit di Amerika dan 35 juta unit album di seluruh dunia.

 

  1. Lil Wayne (Nilai Bersih: 135 Juta USD)

Lil Wayne

Lil Wayne atau nama sebenarnya Dwayne Michael Carter Jr, merupakan seorang artis rakaman dari New Orleans, Louisiana, Amerika. Penyanyi rap ini memulakan kariernya seawal usia sembilan tahun di bawah naungan syarikat Cash Money Records.

Sebanyak 100 juta unit album beliau telah berjaya dijual di seluruh dunia sepanjang tempoh beliau bergiat aktif di dalam industri hiburan ini. Selain dari menyanyi, Lil Wayne turut menjana pendapatannya melalui perniagaan. Di antaranya ialah perniagaan cerut, pakaian, dan kasut. Selain itu, beliau mempunyai syarikat rakaman sendiri yang ditubuhkan pada tahun 2005 bernama Young Money Entertainment.

 

  1. Ice Cube (Nilai Bersih: 140 Juta USD)

Ice Cube

Penyanyi rap yang dipanggil Ice Cube ini memulakan kariernya pada tahun 1984 bersama kumpulan yang diberi nama C.I.A. Beliau juga pernah menyertai kumpulan rap N.W.A  sebelum bergerak sebagai penyanyi solo dan terlibat dalam bidang perfileman.

Ice Cube mula mencipta nama dan kekayaan setelah memulakan karier solonya dan juga sebagai pelakon. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Barbershop, Torque, xXx: State of the Union, 21 Jump Street, dan Ride Along. Beliau juga merupakan penulis jalan cerita bagi filem komedi Friday, yang ditayangkan pada tahun 1995. Beliau berjaya memperoleh sebanyak 28 juta USD hasil keuntungan dari tayangan filem Friday di seluruh dunia.

Selain dari bidang nyanyian dan lakonan, Ice Cube juga melibatkan dirinya di dalam perniagaan. Beliau memiliki sebuah syarikat pakaian sendiri yang bernama Solo by Cube.

 

  1. Kanye West (Nilai Bersih: 145 Juta USD)

Kanye West

Kanye West merupakan seorang penyanyi rap, penulis lirik, penerbit, pereka fesyen serta suami kepada artis wanita terkenal, Kim Kardashian. Penyanyi ini memulakan kariernya pada tahun 1996 dan telah berjaya menjual sebanyak 20 juta unit album dan 100 juta unit lagu melalui format digital yang boleh dimuat turun. Beliau juga memenangi sebanyak 21 anugerah Grammy Award.

Selain dari menyanyi, Kanye West menjana kekayaannya melalui rekaan fesyen. Beliau bekerjasama dengan beberapa syarikat fesyen terkenal seperti Nike, Louis Vuitton, dan A.P.C. dalam menghasilkan rekaannya. Beliau juga bekerjasama dengan syarikat Adidas menghasilkan jenama Adidas YEEZY.

 

  1. Eminem (Nilai Bersih: 160 Juta USD)

Eminem

Marshall Bruce Mathers III atau nama popularnya Eminem, memulakan kariernya sebagai penyanyi rap pada tahun 1992. Beliau merupakan artis terlaris di Amerika pada tahun 2000. Majalah Rolling Stone menyenaraikan beliau di tempat ke 83 dalam senarai mereka, 100 Greatest Artists of All Time dan menggelar beliau sebagai King of Hip-Hop.

Eminem berjaya menjual sebanyak 172 juta unit album sepanjang kariernya dan menjadikan beliau salah seorang artis terlaris dalam dunia. Pengasas kepada syarikat Shady Records ini juga melibatkan dirinya di dalam bidang lakonan. Salah satu filem yang dibintanginya ialah filem berjudul 8 Mile yang diterbitkan pada tahun 2002.

 

  1. Birdman (Nilai Bersih: 170 Juta USD)

Birdman

Birdman atau nama sebenarnya Bryan Williams, merupakan seorang penyanyi, penerbit, dan seorang usahawan dari Amerika. Beliau merupakan pengasas bersama syarikat rakaman Cash Money Records. Beliau memulakan kariernya pada tahun 1992 dan merupakan anggota kumpulan Big Tymers yang aktif dari tahun 1997-2005.

Penyanyi ini memperoleh banyak kejayaan sepanjang beliau menceburi bidang ini, di antaranya ialah lagu beliau tersenarai dalam carta US Billboard Hot 100, US Hot R&B/Hip-Hop Singles Sales, Billboard 200, dan Top R&B/Hip-Hop Albums.

Selain dari bidang nyanyian, penyanyi ini juga menceburi bidang perniagaan minyak dan pakaian. Perniagaan minyak yang beroperasi pada tahun 2010 ini bagaimanapun dikatakan terhenti pada tahun berikutnya.

 

  1. Master P (Nilai Bersih: 350 Juta USD)

Master P

Percy Robert Miller atau nama pentasnya Master P memulakan kariernya sebagai penyanyi dan melancarkan album solonya pada tahun 1991. Selain daripada menyanyi, artis ini juga merupakan seorang penerbit, pelakon, pembuat filem, penulis, ahli perniagaan, pelabur, dan bekas pemain bola keranjang. Master P juga pengasas dan CEO kepada syarikat P. Miller Enterprises dan pemilik kepada rangkaian TV, Better Black Television.

Master P menjana dan menambah pendapatannya dengan membuat pelaburan di pelbagai sektor perniagaan melalui keuntungan yang diperoleh melalui syarikatnya, No Limit Records. Pelaburan yang bernilai jutaan USD itu dilaburkan ke sektor perniagaan seperti agensi pelancongan, perumahan, muzik, filem, produksi TV, telekomunikasi, mainan, pakaian, barangan kemas, penerbitan buku dan majalah, rangkaian restoran makanan segera, dan juga stesen minyak.

 

  1. Jay-Z (Nilai Bersih: 550 Juta USD)

Jay-Z

Shawn Corey Carter yang dilahirkan pada 4 Disember 1969 merupakan seorang penyanyi rap Amerika yang dikenali dengan nama Jay Z. Beliau memulakan kariernya pada tahun 1986. Beliau berjaya menjual sebanyak 100 juta unit album sepanjang kariernya dan memiliki 21 anugerah Grammy Award.

Jay Z turut menceburkan dirinya di dalam bidang perniagaan dan pelaburan. Beliau merupakan pemilik kepada kelab 40/40 Club yang beroperasi di lokasi seperti New York City, Atlantic City, Las Vegas, dan di beberapa tempat lagi. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bersama jenama pakaian Rocawear dan pemilik kepada jenama minuman keras Armand de Brignac. Pada bulan Julai 2015, Jay Z melabur sebanyak 20 juta USD ke dalam JetSmarter, iaitu sebuah aplikasi telefon yang berperanan membantu pengguna membuat tempahan penerbangan.

 

  1. P. Diddy (Nilai Bersih: 700 Juta USD)

P. Diddy

Penyanyi rap yang bernama Sean John Combs ini lebih dikenali dengan nama Puff Daddy, Puffy, Diddy, dan juga P. Diddy. Beliau telah bergiat aktif di dalam arena ini semenjak tahun 1990. Kejayaan yang diperoleh beliau bukan hanya dari bidang nyanyian, sebaliknya beliau merupakan seorang penyanyi rap yang berjaya di dalam bidang perniagaan.

Beliau memiliki jenama fesyen sendiri yang diberi nama Sean John. Sean juga memiliki dua buah restoran yang diberi nama  Justin’s, sempena nama anaknya. Bagaimanapun, dua buah restoran yang terletak di New York dan Atlanta ini telah ditutup pada tahun 2007 dan 2012. Penyanyi ini juga merupakan pereka jersi untuk kelab bola keranjang Dallas Mavericks pada musim 2004-05.

 

  1. Dr Dre (Nilai Bersih: 750 Juta USD)

Dr Dre

Dr Dre ialah salah seorang penyanyi rap terkenal dari Amerika yang pendapatannya melebihi penyanyi-penyanyi rap yang lain, justeru meletakkan namanya di tangga pertama Senarai 10 Penyanyi Rap Yang Kaya Di Dunia ini. Penyanyi yang memulakan kariernya pada tahun 1984 ini merupakan orang penting yang berjaya menaikkan nama-nama penyanyi rap terkenal seperti Snoop Dogg, 50 Cent, Eminem, dan banyak lagi.

Dr Dre merupakan pengasas kepada syarikat rakaman Aftermath Entertainment yang ditubuhkan pada tahun 1996. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kepada syarikat audio terkenal Beats Electronics, yang mana fon kepala keluarannya begitu laris di pasaran. Syarikat ini telah dibeli oleh syarikat komputer terkenal, Apple pada tahun 2014 pada harga 3 Bilion USD.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen