Senarai 10 Set Mutiara Yang Termahal Di Dunia

Senarai 10 Set Mutiara Yang Termahal Di Dunia

Mutiara ialah sejenis permata yang dihasilkan oleh haiwan bercangkerang terutamanya tiram. Ia merupakan salah satu aksesori kegemaran wanita selain daripada emas,berlian, dan batu-batu permata. Kilauan mutiara yang digayakan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada di sekeliling si pemakai. Harganya pula bergantung kepada kualiti dan jenisnya. Bermula dari ratusan hingga ke ribuan ringgit. Namun ada juga yang harganya mencecah jutaan ringgit. Untuk kali ini, kami sediakan untuk anda Senarai 10 Set Mutiara Yang Termahal Di Dunia yang harganya memang mahal dan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya. Jom baca 

 

  1. Pierre Cartier (1 Juta USD)

Pierre Cartier
Sumber Foto: therichest.com

Kalung mutiara yang diberi nama Pierre Cartier ini dihasilkan oleh tukang emas Perancis yang terkenal, Pierre Cartier pada tahun 1917. Kalung ini mempunyai 2 untaian di mana untaian pertama mempunyai 73 butir mutiara dan 55 butir mutiara pada untaian kedua.

 

  1. Three Strand Natural Pearl Necklace (1.4 Juta USD)

Three Strand Natural Pearl Necklace

Kalung mutiara 3 untaian ini mempunyai sebanyak 180 butir mutiara dengan saiz dari 4.95 ke 11.05 mm ukuran diameter. Ia dilelong di pusat lelongan terkenal Christie’s pada April 2013. Kepala kalung mutiara ini dihiasi dengan batu permata zamrud dan kancingnya diperbuat daripada berlian.

 

  1. Five Strand Natural Pearls (1.7 Juta USD)

Five Strand Natural Pearls

Kalung mutiara ini mempunyai lima untaian yang padat dengan mutiara asli. Untaian pertama dan kedua mempunyai 73 butir mutiara setiap satu. Untaian yang ketiga pula mempunyai 72 butir mutiara. Manakala untaian ke 4 mempunyai 68 butir mutiara, diikuti untaian ke 5 dengan 63 butir mutiara. Saiz butiran mutiara pada kalung ini adalah dari 4.10 ke 11.35 milimeter. Kalung mutiara yang cantik ini dilelong di pusat lelongan Christie’s pada tahun 2012.

 

  1. Cowdray Pearls (3.3 Juta USD)

Cowdray Pearls

Dilelong di pusat lelongan Christie’s pada tahun  2002. Ia merupakan salah satu koleksi simpanan mendiang  Lady Pearson, seorang bangsawan England. Kalung ini dihiasi dengan 38 butiran mutiara kelabu jenis yang jarang ditemui. Butiran-butiran mutiara di kalung ini mempunyai saiz dari 11.4 ke 6.8 milimeter. Kalung mutiara yang panjangnya 43.2 sentimeter ini dilengkapkan dengan kancing yang diperbuat daripada berlian.

 

  1. The Pearl of Lao Tzu (3.5 Juta USD)

The Pearl of Lao Tzu
Sumber Foto: alux.com

Mutiara yang besar ini juga dikenali dengan panggilan “Pearl of Allah”. Ia dilaporkan sebagai mutiara asli yang terbesar pernah dijumpai. Mutiara yang unik ini mempunyai ukuran 9.45 inci panjang, 24 sentimeter ukur lilit, dan berat 6.35 kilogram. Mutiara ini pertama kali ditemui pada tahun 1930-an di  Brooke’s Point, Palawan, Filipina.

 

  1. Double Strand Necklace (3.7 Juta USD)

Double Strand Necklace

Kalung mutiara dua untaian ini dilengkapi dengan 120 butir mutiara. Butiran mutiara yang terdapat pada kalung ini mempunyai ukuran saiz dari 6.50 ke 12.25 milimeter ukur lilit. Warna-warna mutiara ini pula adalah dari warna putih ke putih krim. Kancing kalung mutiara ini dibuat daripada berlian 3 Karat dan mempunyai tandatangan Cartier. Pada tahun 2012, kalung mutiara ini terjual di pusat lelongan Christie’s pada harga 3.7 juta USD.

 

  1. The ‘Big Pink Pearl’ (4.7 Juta USD)

The ‘Big Pink Pearl’

Mutiara yang benama The ‘Big Pink Pearl’ ini pertama kali ditemui pada tahun 1990 oleh seorang penyelam bernama Wesley Rankin. Mutiara semula jadi yang unik ini berasal dari seekor siput laut Abalone. Ia masih di dalam simpanan Wesley Rankin yang juga merupakan seorang pengedar mutiara Abalone dan pemilik kepada syarikat Pacific Coast Pearls.

Nota: Siput laut Abalone merupakan makanan laut yang mahal harganya dan merupakan makanan orang-orang kaya. Harga siput Abalone mampu mencapai dari 380 ke ribuan ringgit sekilogram.

 

  1. The Baroda Pearl Necklace (7.1 Juta USD)

The Baroda Pearl Necklace

Kalung mutiara dua untaian ini mempunyai 68 butir mutiara yang diambil dari untaian ke 4,5,6, dan 7, kalung mutiara asal milik maharaja-maharaja India kerajaan negeri Baroda. Kesemua butiran mutiara ini mempunyai warna yang sepadan. Kancing kalung mutiara ini pula dibuat daripada berlian 8.57 Karat, hasil sentuhan Cartier. Pada tahun 2007, ia dijual di pusat lelongan Christie’s dengan harga 7.1 juta USD.

 

  1. La Peregrina Pearl (11.8 Juta USD)

La Peregrina Pearl

Ada khabar angin mengatakan yang kalung mutiara ini pada asalnya milik seorang raja Sepanyol, Phillip II. Kalung mutiara ini mempunyai pemisah bercorak ukiran bunga yang ditaburi dengan butiran berlian. Pada bahagian tengah ukiran bunga ini pula diletakkan sebutir batu permata delima.

Pada tahun 1969, seorang pelakon bernama Richard Burton membeli kalung mutiara ini dengan harga 37 ribu USD sebagai pemberian untuk isterinya, Elizabeth Taylor. Kalung mutiara ini kemudiannya dijual pada harga 11.8 juta USD pada tahun 2011 oleh pusat lelongan Christie’s.

 

  1. Beauty of Ocean Pearl (139 Juta USD)

Beauty of Ocean Pearl

Mutiara gergasi ini pertama kali diumumkan kemunculannya di China pada tahun 2010. Mutiara dari jenis yang jarang ditemui ini mempunyai ketinggian 5 kaki dan berat lebih kurang 6 tan. Mutiara yang berasal dari Mongolia ini mengambil masa selama 3 tahun untuk dibentuk menjadi butiran mutiara yang bulat. Dikhabarkan bahawa mutiara gergasi yang diberi nama Beauty of Ocean Pearl ini akan bersinar bila berada di tempat yang gelap.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen