Senarai 10 Kasut Tumit Wanita Yang Termahal Di Dunia

Senarai 10 Kasut Tumit Wanita Yang Termahal Di Dunia

Wanita memang tak dapat dipisahkan dengan fesyen. Dari bahagian atas sampailah ke bawah, semuanya perlukan perhiasan. Adalah menjadi impian setiap wanita untuk mengenakan barangan kemas seperti permata dan aksesori seperti kasut yang mahal dan cantik. Cuba bayangkan jika permata digabungkan pada kasut wanita. Tentu hebat bukan? Jadi untuk kali ini, kami kongsi kan kepada anda Senarai 10 Kasut Tumit Wanita Yang Termahal Di Dunia. Kasut-kasut ini dilengkapi dengan hiasan-hiasan permata mahal membuatkan ia cantik, menarik, dan menonjolkan kemewahan. Jom baca 

 

  1. Diamond Dream Stilettos – Stuart Weitzman (500 Ribu USD)

Diamond Dream Stilettos

Kasut ini merupakan hasil ciptaan Stuart Weitzman, seorang pereka hebat dari Amerika. Ia dicipta khusus untuk seorang pelakon dan penyanyi wanita dari Amerika, Anika Noni Rose bersempena dengan anugerah Oscars pada tahun 2007. Sebanyak 1420 butiran berlian yang dibekalkan oleh tukang emas Kwiat, menghiasi bahagian atas kasut ini. Di bahagian tumitnya pula dihiasi dengan lengkungan dari perak.

  1. Original Ruby Slippers (612 Ribu USD)

Hanya 3 pasang kasut dari model ini masih wujud. Ianya digunakan di dalam sebuah filem berjudul The Wizard of Oz yang pernah popular di seluruh dunia pada suatu masa dahulu. Sepasang kasut dari model ini dilelong di pusat lelongan terkenal Christie’s beberapa tahun yang lepas dengan harga 612 Ribu USD. Pada tahun 2011, sepasang lagi kasut ini dilelong di laman Icons of Hollywood Auction dengan bukaan harga bida sebanyak 2 juta USD. Namun ia tidak mendapat sambutan kerana harga pembuka bida yang tinggi. Sepasang kasut terakhir dari model ini pula boleh dilihat di Smithsonian, Washington.

  1. Marilyn Monroe Shoes – Stuart Weitzman (1 Juta USD)

Kasut tumit tinggi hasil rekaan pereka terkenal Stuart Weitzman ini dihiasi dengan kain satin lipatan berbentuk bunga ros dengan hiasan batuan kristal Swarovski di atasnya. Swarovki merupakan pakar dalam penghasilan kaca dan kristal. Beliau juga merupakan pemilik kepada anak patung beruang Daniel Swarovski Teddy Bear yang pernah kami siarkan sebelum ini di dalam artikel (Senarai Anak Patung Teddy Bear Yang Termahal Di Dunia).

Berbalik kepada kasut ini. Batu kristal yang digunakan untuk kasut ini bukanlah kristal yang biasa. Sebaliknya, ia pernah digunakan oleh primadona Marilyn Monroe sebagai subangnya. Kasut tumit tinggi ini digunakan oleh seorang pelakon wanita, Regina King ketika menghadiri anugerah Oscars pada tahun 2005.

  1. Retro Rose Pumps – Stuart Weitzman (1 Juta USD)

Retro Rose Pumps

Kasut retro ciptaan Stuart Weitzman ini dihiasi dengan ukiran bunga ros yang disematkan dengan 1800 butiran berlian 100 Karat. Ia juga ditambah dengan 400 butiran berlian pada bahagian dalam kasut. Kasut elegan ini digayakan oleh Diablo Cody, seorang penerbit dan pengarah pada hari anugerah Oscars tahun 2008.

  1. Platinum Guild Stilettos – Stuart Weitzman (1.1 Juta USD)

Platinum Guild Stilettos

Kasut tumit tinggi ini diperbuat daripada emas putih dengan talinya disaluti dengan 464 butiran berlian yang dibekalkan oleh Kwiat. Pelakon wanita Amerika,Laura Harring menggayakan kasut tumit tinggi ini pada anugerah Oscars yang berlangsung pada tahun 2004.

  1. Ruby Slippers – Stuart Weitzman (1.6 Juta USD)

Stuart Weitzman mencipta kasut ini ilham dari kasut Original Ruby Slippers, yang berada di tangga ke 9 dalam artikel ini. Kerangkanya diperbuat daripada emas putih dengan jumlah 124 Karat dan dibaluti dengan kain satin berwarna merah. Pada bahagian talinya disaluti dengan 640 butiran batu delima merah Burma.

  1. Tanzanite Heels – Stuart Weitzman & Eddie Le Vian (2Juta USD)

Tanzanite Heels

Kasut tumit tinggi yang bernilai 2 juta USD ini adalah hasil dari kerjasama di antara Stuart dan pereka barangan kemas terkenal, Eddie Le Vian. Tali pada kasut ini dilihat seakan rantai leher yang dihiasi dengan batu permata biru Tanzanite 185 Karat. Di sekeliling batu permata ini pula dipagari dengan butiran berlian 28 Karat, menonjolkan lagi kemewahannya.

  1. Cinderella Slippers – Stuart Weitzman (2.2 Juta USD)

Cinderella Slippers

Kasut ini ialah inspirasi dari salah satu cerita dongeng Inggeris yang terkenal, Cinderella. Dibuat daripada emas putih, ia diserikan lagi dengan 565 butiran berlian dari Kwiat. Stuart menambahkan kemewahan kasut ini dengan meletakkan sebuah butiran berlian Amaretto 5 Karat yang jarang dijumpai, pada bahagian depan kasut sebelah kanan. Alison Krauss, seorang penyanyi dari Amerika terpilih untuk menggayakan kasut ini sempena anugerah Oscars yang berlangsung pada tahun 2004.

  1. Rita Hayworth Heels – Stuart Weitzman (3 Juta USD)

Rita Hayworth Heels

Kasut tumit tinggi mewah yang berwarna coklat ini ialah kepunyaan seorang pelakon legenda wanita Amerika syarikat, mendiang Rita Hayworth. Kasut ciptaan Stuart Weitzman ini pernah digayakan oleh seorang pelakon wanita Amerika, Kathleen York pada tahun 2006 sewaktu berlangsungnya anugerah Oscars. Kasut ini kini dimiliki oleh anak mendiang Rita, puteri Yasmin Aga Khan.

  1. Ruby Slippers by Harry Winston (3 Juta USD)

Ruby Slippers by Harry Winston

Kasut di tempat pertama Senarai 10 Kasut Tumit Wanita Yang Termahal Di Dunia ini merupakan hasil ciptaan Ronald, anak kepada Harry Winston. Kasut ini merupakan duplikasi daripada kasut Original Ruby Slippers, yang digunakan di dalam filem The Wizard of Oz. Ianya dicipta oleh Ronald bersempena dengan ulang tahun ke 50 pelancaran filem tersebut. Sebanyak 4600 butiran batu delima dengan anggaran berat 1350 Karat digunakan pada keseluruhan kasut ini. Butiran berlian 50 Karat pula ditambah untuk menonjolkan lagi kemewahan kasut ini.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen