Senarai 10 Jenama Minyak Wangi Yang Termahal Di Dunia

Senarai 10 Jenama Minyak Wangi Yang Termahal Di Dunia

 

Minyak wangi merupakan wangian yang diguna pakai untuk badan seseorang, baik lelaki mahupun perempuan. Pemakaian minyak wangi mampu melindungi seseorang daripada mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Terdapat banyak jenis minyak wangi di pasaran terdiri dari pelbagai jenama sama ada tempatan mahupun antarabangsa. Harga minyak wangi pula bergantung kepada jenama, kualiti, serta grednya. Rata-rata harga sebotol minyak wangi di pasaran bermula dari puluhan ke ratusan ringgit. Bagi golongan elit dan berkemampuan pula, mereka berada di satu tahap yang lebih tinggi berbanding orang lain. Wangian yang diguna pakai mereka mampu mencecah dari ribuan hingga ratusan ribu ringgit! Justeru itu, pada kali ini kami kongsikan kepada anda Senarai 10 Jenama Minyak Wangi Yang Termahal Di Dunia. Jom tengok 

  1. Annick Goutal Eau d’Hadrien ($441.18/auns)

    Annick Goutal Eau d’Hadrien

Setiap 1 auns(28.35 gram) minyak wangi ini berharga 441.18 USD. Ia dijual pada harga 1500 USD untuk botol berkapasiti 3.4ml. Pewangi bernama Eau d’Hadrien ini dihasilkan pada tahun 1981 hasil kerjasama di antara Annick Goutal dan Francis Camail. Wangiannya dihasilkan daripada beberapa campuran bauan buah-buahan sitrus seperti lemon, limau Mandarin, lemon Sicilian, limau gedang(grapefruit), dan limau Citron. Kandungan lain selain dari sitrus pula ialah Cypress, Aldehyde, dan juga ekstrak dari bunga kenanga. Ia sesuai digunakan oleh lelaki dan juga perempuan. Minyak wangi ini meraih popularitinya pada tahun 2008 apabila disenaraikan untuk anugerah FiFi Awards, tajaan The Fragrance Foundation.

  1. JAR Bolt of Lightning ($765/auns)

JAR Bolt of Lightning

Minyak wangi ini dinamakan JAR, singkatan kepada nama Joel A. Rosenthal, iaitu seorang pereka barangan kemas yang menghasilkan wangian ini. Wangian dari minyak wangi ini mempunyai bauan bunga dari timur (oriental floral) yang mana ianya sesuai digunakan oleh kaum wanita. Ia mula dilancarkan pada tahun 2001.

  1. Joy by Jean Patou ($800/auns)

Joy by Jean Patou
Kredit: therichest.com

Pada tahun 1929, seorang pereka minyak wangi bernama Henri Almeras menghasilkan minyak wangi ini khas untuk seorang broker dan pereka fesyen Perancis bernama Jean Patou. Ia dilancarkan pada tahun 1936 dan merupakan salah satu wangian yang terkenal pada masa itu. Pada tahun 2000, pewangi ini menerusi anugerah FiFi berjaya merangkul gelaran “Scent of the Century”, mengalahkan pewangi terkenal Chanel No. 5. Joy. Sebanyak 10 ribu kuntum bunga melati dan 336 kuntum bunga ros digunakan bagi penghasilan satu auns minyak wangi ini. Menakjubkan!

  1. Caron Poivre ($1000/auns)

Caron Poivre
Kredit: therichest.com

Minyak wangi  yang diberi nama Poivre ini dikeluarkan pada tahun 1954 oleh syarikat minyak wangi berprestij, Parfums Caron. Pewangi ini dibotolkan di dalam botol kristal edisi terhad Baccarat dengan kolarnya diperbuat daripada emas putih. Haruman dari minyak wangi ini terdiri daripada bauan bunga cengkih dan beberapa rempah ratus seperti lada merah dan hitam, sesuai dengan namanya Poivre, yang bermaksud lada di dalam bahasa Perancis. Ianya sesuai digunakan oleh orang lelaki dan juga wanita.

  1. Hermès 24 Faubourg ($1500/auns)

Hermès 24 Faubourg
Kredit: therichest.com

Wangian untuk wanita ini dipasarkan pada tahun 1995 oleh syarikat pewangi Hermes yang terkenal dari Perancis. Ia dinamakan bersempena dengan alamat asal kedai ini di Perancis (24, Rue du Faubourg Saint-Honoré). Ramuannya adalah hasil sentuhan pereka minyak wangi legenda yang bernama Maurice Roucel. Pewangi ini dibotolkan di dalam botol kristal keluaran syarikat Saint Louis. Bahan-bahan yang digunakan untuk pewangi ini terdiri daripada bunga limau (Orange blossom), bunga melati, bunga kenanga, pokok nilam (Patchouli), anbar (Ambergris), cendana, dan juga vanila.

  1. Clive Christian No.1 ($2150/auns)

Clive Christian No.1
Kredit: alux.com

Clive Christian merupakan salah satu jenama minyak wangi yang terkenal di dunia. Pewangi keluarannya, Clive Christian No.1 ini dinobatkan sebagai minyak wangi termahal dari tahun 2001 hingga 2006. Ia didatangkan dengan dua versi iaitu Woody Oriental untuk lelaki dan Floral Oriental untuk wanita. Botol minyak wangi ini dihasilkan dari kristal. Manakala bahagian leher botolnya pula dihiasi dengan berlian. Bahan-bahan yang digunakan untuk penghasilan minyak wangi ini terdiri daripada beberapa campuran tumbuhan seperti Bergamot, getah damar, bunga Iris, cendana, vanila, dan juga ekstrak bunga kenanga.

  1. Chanel Grand Extrait ($4200/auns)

Chanel Grand Extrait
Kredit: chanel.com

Syarikat fesyen bernama Chanel dari Perancis ini memang terkenal dengan produk mewah dan gah. Ianya menjadi terkenal semenjak pengasasnya, Coco Chanel melancarkan minyak wangi  Chanel No.5 ini pada tahun 1921, yang dibuat oleh seorang pencipta minyak wangi legenda bernama Ernest Beaux. Minyak wangi edisi terhad ini dikatakan yang paling tulen dan asli. Hanya beberapa botol sahaja dihasilkan setiap tahun. Wangiannya berasaskan haruman bunga ros dan melati yang ditanam sendiri di kebun milik syarikat ini di Perancis.

  1. Baccarat Les Larmes Sacrees de Thebes ($6800/auns)

Baccarat Les Larmes Sacrees de Thebes

Minyak wangi ini diperkenalkan pada tahun 1998, dan diketahui mahal bukan saja dari harumannya, tetapi juga dari botol yang digunakan. Pengeluarnya Baccarat, merupakan syarikat pembuat barangan kristal mewah yang terkenal. Pewangi di dalam bekas kristal berbentuk piramid dan berkapasiti 0.25 auns ini, boleh ditemui di kedai Harrods di kota London.

  1. Clive Christian No.1 Imperial Majesty Perfume ($12,721.89/auns)

Clive Christian No.1 Imperial Majesty Perfume
Kredit: therichest.com

Minyak wangi ini memegang gelaran Guinness Book of World Records untuk kategori minyak wangi yang termahal di dunia. Ianya dilancarkan pada tahun 2005 dan hanya 10 buah unit sahaja dikeluarkan, menjadikan ia pewangi edisi terhad dan eksklusif. Pewangi ini dijual di kedai Harrods di London dan juga kedai Bergdorf Goodman di New York. Sebenarnya, pewangi ini merupakan pewangi yang sama di tangga ke 5 artikel ini. Cuma ianya dibotolkan di dalam botol kristal mewah ciptaan syarikat Baccrat, yang mana leher botol ini dihiasi dengan berlian 5 Karat dan juga emas 18 Karat. Pewangi ini berkapasiti 16.9 auns untuk satu botol, menjadikan harganya bernilai 215 ribu USD sebotol.

  1. DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance Bottle (1 Juta USD)

DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance Bottle
Kredit: therichest.com

Syarikat fesyen terkenal DKNY melancarkan minyak wangi di dalam bekas emas berbentuk buah epal ini pada tahun 2011. DKNY telah bergabung dengan seorang pereka barangan kemas bernama Martin Katz bagi menghasilkan botol pewangi edisi terhad ini. Botol pewangi mewah ini dihasilkan dari emas kuning dan putih 14 Karat dan mengandungi 183 butiran nilam kuning, 2700 butiran berlian, batu permata Paraiba Tourmaline 1.6 Karat dari Brazil, 7.18 Karat batu nilam Cabochon dari Sri Lanka, 15 butiran Berlian merah jambu dari Australia, 4 butiran berlian potongan bunga ros, sebutir batu delima 3.07 Karat potongan bujur, butiran berlian potongan bunga ros 4.03 Karat berbentuk buah pir, dan juga butiran berlian kuning 2.43 Karat menghiasi bahagian atas penutup botol ini.

Keseluruhan butiran batu permata pelbagai jenis ini berjumlah 2909 butiran kesemuanya. Apa yang menariknya, butiran-butiran batu permata ini disusun untuk membentuk bangunan-bangunan di bandar New York. Ia mengambil masa selama 1500 jam untuk menyiapkan rekaan ini.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen