Senarai 10 Buah Jam Tangan Jenama Rolex Termahal di Dunia

Senarai 10 Buah Jam Tangan Jenama Rolex Termahal di Dunia

 

Jam merupakan satu objek penunjuk masa yang penting buat semua manusia. Segala urusan di dunia ini memerlukan ketetapan masa. Jam dinding, jam loceng, dan jam tangan memainkan peranan penting membantu manusia menguruskan segala urusan seharian.

Kebanyakan orang memakai jam tangan kerana jam jenis ini lebih mudah dibawa ke mana saja. Harga jam tangan pula rata-rata tidaklah terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat juga jam tangan yang harganya mahal dan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya ataupun ahli perniagaan.

Harga jam bergantung kepada spesifikasi, kualiti dan jenama. Untuk kali ini, kami memilih jenama jam terkenal, Rolex. Jenama Rolex bukanlah jenama yang baru di dalam dunia pembuatan jam. Syarikat ini telah mula beroperasi di London pada tahun 1905. Di bawah ini kami sediakan kepada anda Senarai 10 Buah Jam Tangan Jenama Rolex Termahal di Dunia. Selamat membaca 🙂

 

  1. Rolex Submariner for Cartier (100 Ribu USD)

Senarai 10 Buah Jam Tangan Jenama Rolex Termahal di Dunia
Foto kredit : HODINKEE @ www.hodinkee.com

Rolex mencipta model ini dan dijual oleh firma pereka barangan kemas terkenal, Cartier. Firma Cartier yang beroperasi di Fifth Avenue, New York berjaya menjual jam tangan ini pada harga 100 ribu USD. Cartier juga sebelum ini pernah menjual jam tangan Rolex dari model Double Red Sea Dweller pada harga 91 ribu USD.

 

  1. Paul Newman Rolex Daytona (106,273 USD)

Paul Newman Rolex Daytona : Senarai 10 Buah Jam Tangan Jenama Rolex Termahal di Dunia
Foto Credit: Hausmann&co

Model ini mendapat nama dari seorang pelakon dan pelumba profesional, Paul Newman. Jam ini adalah pemberian isteri Newman, Joanne Woodward iaitu seorang pelakon Hollywood apabila Newman menyertai perlumbaan automobil.

Kerangka dan muka jam (clock face/dial) model ini diperbuat daripada emas Champagne(Champagne Gold) 14 Karat. Terdapat 3 muka jam kecil dan tachometer disediakan selain dari muka jam utama dan dilekapkan dengan enamel hitam. Syarikat Rolex hanya mengeluarkan 200 utas jam tangan dari model ini di dalam dunia.

 

  1. Steve McQueen 1967 Rolex Submariner (234 Ribu USD)

Rolex Submariner ref. 5513
Foto kredit: bornrich.com

Pelakon terkenal Amerika, Steve McQueen memakai jam tangan ini sewaktu berlakon di dalam filem Le Mans pada tahun 1971. Jam ini mendapat yang namanya dari pelakon terkenal ini dengan jualan pada skala yang besar kerana pelakon ini ramai peminatnya sewaktu zaman itu. Kerangka jam ini dibuat dari keluli tahan karat (stainless steeel) dan mampu berada di bawah permukaan air sedalam 200 meter. Jam ini juga ialah jam kronometer yang diiktiraf oleh COSC, iaitu institut ujian kronometer dari negara Switzerland.

 

  1. Paul Newman Ferrari Red Rolex Daytona 6565 (267,203 USD)

Paul Newman Ferrari Red Rolex Daytona 6565
Foto kredit: bornrich.com

Ini adalah sebuah lagi jam tangan kepunyaan Paul Newman. Rolex menghasilkan jam tangan ini dan digunakan oleh Paul di dalam filem Winning yang berkisarkan tentang perlumbaan kereta pada tahun 1969. Jam tangan ini diwarnakan dengan warna merah pada plat dalamnya bersempena dengan warna rasmi kereta lumba terkenal,Ferrari. Material yang digunakan untuk penghasilan jam tangan ini ialah dari jenis keluli tahan karat (stainless steel) yang disaluti dengan Tritium. Selain itu, jam tangan ini juga dihiasi dengan 17 butiran batu permata.

 

  1. Rolex Platinum Pearlmaster 18956 (276 Ribu USD)

Rolex Platinum Pearlmaster 18956

Jam tangan ciptaan Rolex,  Rolex Platinum Pearlmaster 18956 ini yang dihasilkan pada tahun 2010 dan dijual pada tahun berikutnya boleh dianggap antara salah satu jam tangan ciptaan Rolex yang terbaik. Panel jam (bezel) ini disaluti dengan butiran berlian dan muka jam pula dihiasi dengan butiran berlian meteorit. Pelaras jam (double-quick set) dan kancing tersembunyi (hidden clasp) jam tangan ini pula diperbuat daripada batu kristal nilam.

 

  1. Dr. Rajendra Prasad’s Gold Rolex Oyster (440 Ribu USD)

Senarai 10 Buah Jam Tangan Jenama Rolex Termahal di Dunia

Jam tangan Gold Rolex Oyster ini adalah kepunyaan Dr. Rajendra Prasad. Beliau merupakan presiden pertama bagi negara India. Jam ini diserahkan kepada Dr. Rajendra pada hari pertama penubuhan Republik India. Paparan muka jam ini dibuat dari emas kuning 18 Karat dan dilakarkan dengan peta negara India serta dituliskan tarikh 26 Januari 1950 pada permukaan jam ini bersempena dengan hari penubuhan republik India.

 

  1. James Bond 1973 Rolex 5513 (450 Ribu USD)

James Bond 1973 Rolex 5513

Jam tangan Rolex model ini digunakan oleh pelakon terkenal British, Roger Moore di dalam satu siri filem James Bond, Live and Let Die pada tahun 1973. Ciri-ciri istimewa jam tangan ini di dalam filem tersebut di antaranya ialah dilengkapi dengan penjana medan magnet (magnetic field generator), cakera cukur (razor disc), dan gergaji bulat( buzzsaw). James Bond menggunakan cakera cukur untuk menanggalkan pakaian wanita dan mengelak dari terkena peluru menggunakan penjana medan magnet. Ini di antara faktor yang menyebabkan jam tangan ini terkenal pada suatu masa dahulu. Kerangka dan tali jam ini diperbuat daripada material keluli tahan karat (stainless steel).

 

  1. Rolex GMT 116769TBR (485,350 USD)

Rolex GMT 116769TBR

Model GMT 116769TBR yang berharga hampir setengah juta dolar ini merupakan salah satu jam tangan mewah dan terhebat ciptaan Rolex. Kerangkanya diperbuat daripada emas putih 18 Karat dan disaluti dengan 76 butiran berlian. Muka jam ini juga dihiasi dengan butiran berlian dengan angka jam yang bercahaya. Kancing jam tangan ini adalah daripada jenis Oysterlock. Jam tangan kalis air ini mampu berada di bawah permukaan air sedalam 100 meter.

 

  1. Eric Clapton 1971 Rolex Daytona (505 Ribu USD)

Eric Clapton 1971 Rolex Daytona
Foto Kredit: Phillips

Jam tangan mewah Rolex yang berharga setengah juta Dolar ini ialah kepunyaan gitaris rock dan blues terkenal dari Britain yang tidak asing lagi di dalam dunia hiburan iaitu Eric Clapton. Sama seperti gitar-gitar milik artis ini, jam tangan kepunyaan beliau ini juga mahal harganya. Walaupun tidak memiliki butiran berlian seperti model di tangga ketiga di atas, namun harga jam ini menjadi begitu mahal kerana dipengaruhi oleh populariti Eric Clapton. Paparan muka jam ini bercirikan warna perak dan hitam putih (monochrome) dan mempunyai nama timangan tersendiri iaitu Albino.

 

  1. 1942 Rolex Chronograph (1.16 Juta USD)

1942 Rolex Chronograph : Senarai 10 Buah Jam Tangan Jenama Rolex Termahal di Dunia
Foto Kredit: Christie’s

Model jam tangan klasik ini menduduki tempat pertama jam tangan termahal keluaran Rolex di dunia ini. Dikhabarkan model klasik yang dibuat pada tahun 1942 ini hanya dikeluarkan sebanyak 12 unit sahaja di dalam dunia. Harganya pada mula dianggarkan bernilai 680 ribu USD namun menerima bida di halaman lelongan Christie pada harga 1.16 juta USD. Menurut sumber dari Christie, pembuatan jam tangan ini pada asalnya adalah sebagai pemberian eksklusif untuk pelumba kereta terkenal di Itali dan UK pada tahun 1940-an seperti Stefano La Motta, Barone di Salinella yang memandu kereta lumba legenda seperti  Ferrari 166S Spyder bagi membantu pelumba ini menyelia masa pusingan di litar perlumbaan. Material yang digunakan untuk pembuatan jam tangan ini ialah 17 butiran permata dan emas ros Arab (Pink Gold Arabic).

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen