Mutiara Berharga 100 Juta USD Tersimpan Di Bawah Katil Selama 10 Tahun

Mutiara Berharga 100 Juta USD Tersimpan Di Bawah Katil Selama 10 Tahun

 

Mutiara yang mempunyai berat 34 kilogram ini lebih lima kali besar saiznya berbanding mutiara yang terbesar di dunia sebelum ini, memungkinkan ia menjadi mutiara baru yang terbesar di dunia pada masa ini.

Seorang nelayan yang namanya dirahsiakan, menemui mutiara ini di dalam satu cangkerang siput yang besar di luar persisiran pantai pulau Palawan, Filipina. Nelayan ini berkata yang beliau tidak tahu bahawa mutiara ini begitu bernilai, jadi beliau hanya menyimpan mutiara ini sebagai tangkal bertuahnya di dalam rumah papan milik beliau.

10 tahun kemudian, berlaku satu kebakaran di rumah papannya yang memaksa nelayan ini membawa keluar segala barangan miliknya. Sewaktu itu baru nelayan ini terfikir untuk membawa mutiara ini ke pejabat pegawai pelancongan tempatan di Puerto Princesa, dan mereka mengesahkan yang mutiara ini memang berasal dari sebuah cangkerang gergasi.

Mutiara Gergasi
Ukuran lebar 1 kaki dan panjang 2.2 kaki | sumber: reporter.ph

Ukuran bagi mutiara ini ialah 1 kaki lebar dan 2.2 kaki panjang, mengatasi saiz mutiara yang terbesar di dunia buat masa ini, iaitu mutiara yang diberi nama Pearl of Allah. Mutiara ini juga ditemui di luar persisiran pantai Palawan, Filipina pada tahun 1934. Mutiara bernama Pearl of Allah(SENARAI 10 SET MUTIARA YANG TERMAHAL DI DUNIA) ini mempunyai berat 6.4 kilogram dan berharga 35 juta USD. Pada masa sekarang, mutiara Pearl of Allah ini dipamerkan di galeri Ripley’s Believe It or Not! di bandar New York.

Menurut pihak wartawan Reporter PH, mutiara gergasi hasil dari penemuan oleh nelayan ini sekarang berada di bawah jagaan kerajaan tempatan. Pihak kerajaan sedang menunggu pengesahan dari institut gemologi ( Gemologist Institute) dan beberapa badan berkuasa antarabangsa yang lain. Setelah mutiara ini disahkan, barulah ia akan tersenarai di dalam Guinness World Records sebagai mutiara yang paling besar di dunia.

Selepas ini, mesti banyak muzium di luar sana yang akan berebut-rebut untuk mempamerkan mutiara gergasi ini di galeri masing-masing. Selain itu, apa yang penting ialah diharap pihak yang terlibat tidak lupa kepada nelayan yang menjumpai mutiara ini. Semoga nelayan ini mendapat habuan yang besar dan lumayan di atas jasanya.

Kongsikan:

Apa Komen Anda?

Kirim komen